28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan warga Israel di Forest City: Imigresen siasat ‘Network School’

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyiasat komuniti teknologi “Network School” yang beroperasi di Forest City dan melibatkan 266 warga asing dari 40 negara.

    Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata operasi pemeriksaan dijalankan semalam bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta polis.

    Dia berkata semakan awal mendapati kesemua 266 individu terbabit memiliki dokumen imigresen yang sah berdasarkan rekod semasa.

    “Semakan dan siasatan lanjut bagaimanapun sedang diteruskan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan serta peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan undang-undang berkaitan,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban.

    Semalam, kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menyiasat komuniti teknologi itu susulan dakwaan warga Israel yang memiliki dua kewarganegaraan menetap di situ.

    Network School merupakan komuniti kediaman dan ruang kerja bersama persendirian yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi Balaji Srinivasan.

    Ia menyasarkan golongan yang digelar “tekno-optimis” dan mengenakan bayaran AS$1,500 (RM6,118.50) sebulan bagi penginapan, makanan dan perkhidmatan termasuk kemudahan gimnasium.

    MENARIK:  Anwar: Aneh, pembangkang membisu SPRM siasat 'maha kaya'

    Zakaria seterusnya berkata setiap kemasukan warga asing ke Malaysia tertakluk kepada undang-undang imigresen yang berkuat kuasa manakala pemeriksaan di pintu masuk negara dilaksanakan berdasarkan dokumen perjalanan yang dikemukakan, semakan pangkalan data berkaitan serta rekod penguatkuasaan yang tersedia ketika pemeriksaan dijalankan.

    “JIM akan menjalankan siasatan lanjut terhadap mana-mana perkara yang menimbulkan keraguan atau sekiranya terdapat maklumat baharu berkaitan penyalahgunaan identiti, dokumen perjalanan, kemudahan imigresen atau pelanggaran syarat pas yang dikeluarkan.

    “JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang imigresen atau penyalahgunaan kemudahan imigresen.

    “Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan penguatkuasaan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

    Zakaria berkata JIM akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi berkaitan bagi memastikan setiap aspek di bawah bidang kuasa masing-masing disemak secara menyeluruh dan berlandaskan undang-undang demi memelihara keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah