Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah mengakui penglibatannya dalam drama sulungnya, iaitu ‘P.L. I Love You’ merupakan satu pengalaman baharu selepas sebelum ini pernah mencuba bidang lakonan menerusi filem ‘Gol & Gincu’ pada tahun 2018.
Artikel Berkaitan: Intan Serah Dedah Budaya Buli ‘Tradisi’ Di Asrama, Sudah Lama Dinormalisasikan – ‘Saya Pernah Ditendang Di Dada’
Rehat seketika dari sukan

Ketika ditemui , Intan atau nama penuhnya Intan Sarah Anisah Zulgafli, 27, berkata pengalaman membintangi filem Gol & Gincu sebelum ini membantunya dalam menjayakan drama pertamanya itu.
Kata Intan lagi, dia kini sedang berehat seketika daripada aktiviti sukan susulan mengalami kecederaan serius.
Drama P.L. I Love You adalah drama pertama saya.
Sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem Gol & Gincu pada tahun 2018.
Pengalaman itu sedikit sebanyak membantu saya ketika menjayakan drama ini.
Sekarang saya berehat daripada sukan kerana mengalami kecederaan yang agak serius.
Hampir setahun saya tidak bersukan.
Jadi saya fikir, mengapa tidak mencuba bidang lain.
Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Astro Fandom di D Theatre, Hextar World Empire City, Petaling Jaya.
Mahu terima lagi tawaran berlakon

Dalam pada itu, Intan mengakui cabaran lebih besar dirasai apabila diberikan kepercayaan untuk membawa watak heroin dalam drama tersebut, selain perlu bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Kamal Adli.
Bagi saya, drama P.L. I Love You agak mencabar kerana saya pegang watak heroin.
Saya bergandingan bersama Kamal Adli.
Jadi, sudah tentu penonton mahu melihat siapa heroin dan bagaimana keserasian kami.
Memang ada tekanan, tetapi pada masa sama, saya seronok kerana dapat belajar daripada pelakon senior yang lebih berpengalaman.
Berkongsi lanjut, Intan berkata dia terbuka menerima sebarang tawaran lakonan pada masa akan datang kerana mahu terus mencuba watak berbeza selain mencabar kemampuan dirinya.
Tetapi jika ada tawaran selepas ini, saya terbuka terima apa sahaja watak.
Saya mahu terus mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu.
Selain itu, Intan turut menyedari kecaman daripada penonton merupakan perkara biasa dalam dunia seni, namun berharap setiap kritikan diberikan secara baik memandangkan dirinya masih dalam proses mengasah bakat lakonannya.
Kecaman itu perkara biasa, tetapi saya harap penonton dapat menghargai usaha kami yang sudah memberi yang terbaik.
Jika mahu kritik lakonan saya, tegurlah dengan cara yang baik.
Saya masih dalam proses belajar.
The post ‘Jika Ada Tawaran Lagi, Saya Terima Sahaja & Kritik Lakonan Dengan Baik’ – Intan Serah first appeared on OHBULAN!.





