28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Teng cabar Akmal tunjuk ‘anak jantan’, serah semula surat letak jawatan

    Shopee Sale

    Bekas Adun DAP Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh yang menggunakan alasan yang dia masih memegang jawatan exco Melaka kerana Yang di-Pertua Negeri tidak memberi perkenan.

    Menurut Teng yang juga adalah bekas exco Selangor, Perkara 7(6) Undang-Undang Negeri Melaka dengan jelas memperuntukkan bahawa mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan boleh meletakkan jawatan mereka pada bila-bila masa.

    Teng Chang Khim

    Tambahnya, tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang berkenaan yang memberi kuasa kepada mana-mana pihak untuk menolak atau tidak membenarkan peletakan jawatan tersebut.

    “Justeru, Akmal sama ada tidak faham undang-undang, salah tafsir undang-undang atau membohong.

    “Kalau dia tidak faham atau salah tafsir undang-undang, maka sekarang setelah difahamkan, dia perlu kitar semula surat perletakan jawatan sebelum ini dan serah semula, jika dia masih anak jantan.

    “Sebaliknya, dia perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana membohong,” kata Teng dalam satu kenyataan yang turut dikingsi di media sosial.

    Teng turut melampirkan Perkara 7(6) Undang-Undang Negeri Melaka sebagai rujukan.

    Dalam satu video di media sosial malam tadi, Akmal berkata dia sudah mengemukakan peletakan jawatannya pada 19 Jan lalu serta menghantar surat kepada Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam.

    MENARIK:  Vivy Yusof, suami dapat sementara pasport buat visa tunai haji

    "Tapi tak diperkenankan TYT, jadi dalam Undang-undang Tubuh Negeri Melaka kalau tak diperkenan dengan TYT kamu nak buat apa," katanya.

    Malah, Adun Merlimau itu menambah, dirinya tidak seperti DAP yang sanggup menentang titah sultan — merujuk pertelingkahan parti itu dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Akmal pertama kali mengumumkan peletakan jawatannya sebagai exco Melaka pada Januari lalu dengan berkata langkah itu membolehkannya berjuang habis-habisan menentang DAP, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri. menghalang proses berkenaan.

    Isu tersebut terus membayangi Akmal dan kembali mendapat perhatian baru-baru ini selepas dia mendesak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming meletakkan jawatan susulan kekalahan Pakatan Harapan dalam PRN Johor.

    Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong turut menyindir kegagalan Akmal meletakkan jawatan semalam selepas parti itu keluar daripada kerajaan negeri, sekali gus mendorong ketua Pemuda Umno itu memuat naik video berkenaan malam tadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah