28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suami Bukan Balaci Isteri & Perlu Jujur Dengan Penuh Adab’ – Ozlynn Waty

    Shopee Sale

    Pelakon, Ozlynn Waty menegaskan bahawa sikap saling memahami, dan komunikasi yang terbuka merupakan antara kunci utama dalam membina rumah tangga yang harmoni serta berkekalan.

    Artikel Berkaitan: ‘Pernah Orang Fitnah & Kutuk Tapi Saya Balas Dengan Positif, Sampai Sekarang Kami Jadi Kawan’ – Ozlynn Waty

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nilai Orang Bersalin Normal Atau Czer, Semuanya Sakit..Hargai Setiap Kelahiran’ – Ozlynn Waty

    Bincang bersama

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meminta golongan suami berkongsi nasihat buat mereka yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.

    Suami to suami.

    Drop satu nasihat yang paling berguna untuk yang baru nak berkahwin.

    Cakap straight, no filter

    Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, yang tampil menitipkan nasihat mengenai kehidupan berumah tangga.

    Menurut Ozlynn, pasangan suami isteri tidak seharusnya meletakkan peranan masing-masing sebagai “hamba”, sebaliknya perlu saling menghormati, bertolak ansur serta terbuka dalam berkongsi pandangan.

    Suami bukan balaci isteri dan hamba abdi.

    Tiada rahsia, perlu jujur pada pasangan setiap apa yang awak tak suka.

    Bagitahu direct tapi dengan penuh adab.

    Paling penting, jadilah apa sahaja.

    Kalau suami nak awak jadi skandal, jadilah.

    Kalau nak jadi geng gosip, tukarlah topeng awak dan jadi geng gosip dia.

    Tambah Ozlynn lagi, setiap permasalahan dalam rumah tangga perlu diselesaikan bersama antara suami isteri tanpa melibatkan campur tangan pihak luar yang berpotensi mengeruhkan keadaan.

    Ada masalah, bincang bersama.

    Bukan mengadu domba pada kawan rapat.

    Rajin jemaah da mengaji bersama.

    Ilmu agama paling utama dan jangan malas.

    Sama-sama bantu antara satu sama lain.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Sufi Rashid Syukur Mahkamah Perintah Rakan Niaga Bayar Ganti Rugi RM165K Projek Festival Muzik

    The post ‘Suami Bukan Balaci Isteri & Perlu Jujur Dengan Penuh Adab’ – Ozlynn Waty first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah