Kontroversi dalam dunia hiburan boleh tercetus daripada pelbagai perkara, termasuk penampilan, gaya hidup dan cara seseorang artis membawa diri.
Lebih membimbangkan, ada kalanya andaian tersebut dibuat tanpa bukti sehingga boleh menjejaskan imej serta maruah individu yang menjadi sasaran.
Artikel Berkaitan: Dituduh Sengaja Tayang Anu Di Media Sosial, Raja Atiq Bengang Individu Dakwa Dirinya ‘Gay
Artikel Berkaitan: Sering Dituduh ‘Gay’, Atiq Azman Bakal Saman Individu Mulut Celupar
Kontroversi ‘Gay’ gara-gara berbadan sasa?
Dalam segmen pertama #ThrowbackXTRA minggu ini bersama pelakon, Raja Atiq yang menceritakan kembali antara pengalaman pahit manis selebriti sepanjang dalam industri hiburan.
Situasi pernah dilalui Atiq apabila dia pernah dikaitkan dengan dakwaan sebagai lelaki sejenis, hanya kerana penampilannya yang sering dilihat aktif bersenam dan memiliki tubuh sasa.
Mengimbas kembali perkara itu menerusi segmen #ThrowbackXTRA, Raja Atiq menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai antara kontroversi paling pelik pernah dihadapinya sepanjang bergelar anak seni.
Daripada mula lagi orang cakap saya ‘gay’, lelaki sejenis. Tetapi Alhamdulillah, selepas saya berkahwin, kontroversi liar itu sudah tertutup.
Tak bermakna sebelum itu saya macam itu, tidak. Saya pernah tegaskan mengenai perkara tersebut, tetapi orang tidak memandang serius teguran saya.
Tak boleh terus menghukum seseorang berdasarkan rupa dan tingkah laku dia. Kalau boleh, kenal dahulu orang itu macam mana, barulah boleh buat kesimpulan mengenai karakter sebenar individu tersebut.
Tetapi sebenarnya tak boleh serang orang. Tak baik. Kena jaga mulut.
Kesal Dikaitkan Dengan Tuduhan Tersebut
Ditanya sama ada dia berasa kesal apabila dikaitkan dengan tuduhan berkenaan, Atiq mengakui perkara itu sememangnya mengecewakannya kerana dia tidak pernah mempromosikan atau membesarkan gaya sosial sedemikian.
Rasa kesal juga sebab saya bukan membesarkan tentang perkara gay itu. Tambahan pula, perkara tersebut memang dilarang di Malaysia.
Sebab itu saya pernah buat satu video dahulu. Saya cakap, kalau boleh sebelum bercakap mengenai seseorang, perlu tengok dahulu bagaimana perangai individu itu, bukan hanya menilai dari segi paras rupa.
Takkan orang yang aktif di gim, terus nak buat kesimpulan dia ‘gay’. Mungkin ada sesetengah, tetapi bukan semua. Saya pergi gim pun untuk memasarkan badan saya sebagai pelakon.
Tidak Ganggu Kesihatan Mental
Dalam masa sama, Atiq berkata kontroversi tersebut tidak terlalu mengganggu kesihatan mentalnya kerana dia memilih untuk fokus terhadap latihan dan kerjayanya.
Tak sangat sebab apabila saya berada di gim, saya fokus kepada bersenam sahaja.
Kalau mengenai isu tersebut atau ada orang memfitnah saya, saya akan terus ambil tindakan untuk menegur dan tidak berdiam diri.
Bagi Atiq, netizen perlu lebih berhati-hati ketika memberikan komen atau membuat penilaian terhadap seseorang, terutama apabila ia melibatkan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan maruah individu berkenaan.
The post #ThrowbackXTRA: Kontroversi Dituduh Songsang Paling Pelik Pernah Dihadapi, Raja Atiq Akui Kesal first appeared on OHBULAN!.





