Kos sara hidup yang semakin tinggi membuatkan ramai pasangan Gen Z memilih untuk menangguhkan perkahwinan meskipun sudah lama menjalinkan hubungan.
Berkahwin tanpa persediaan kewangan yang kukuh atau menunggu sehingga benar-benar stabil?
Itu antara dilema yang sering dihadapi pasangan muda hari ini, khususnya generasi Z yang perlu berdepan peningkatan kos sara hidup, komitmen kewangan serta tanggungjawab besar selepas mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Saya Diberi Peluang & Diizinkan Menjadi Seorang Suami’ – Jazmy Juma Selamat Bernikah
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Wanita Guna Duit Lelaki Dilabel ‘Kaki Kikis’? Jazmy Juma Anggap Gelaran Itu Tak Adil
Bukan tindakan negatif
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.
Untuk edisi hari ini, POV XTRA bertanya pendapat pelakon, Jazmy Juma mengenai pandangannya tentang dilema segelintir pasangan Gen Z yang terpaksa menangguhkan perancangan perkahwinan mereka akibat kesempitan wang.
Bagi Jazmy, keputusan sesetengah pasangan untuk menangguhkan perkahwinan kerana belum bersedia bukanlah sesuatu yang perlu dipandang negatif.
Sebaliknya, tindakan tersebut menunjukkan mereka memahami perkahwinan bukan sekadar mengenai cinta atau kemeriahan majlis, tetapi melibatkan tanggungjawab jangka panjang.
Untuk perkara itu, kalau rasa macam itu, perkara itu bagus sebab nak memikul tanggungjawab yang berat.
Lelaki sebagai ketua keluarga itu perlu bersedia betul-betul dari segi mental.
Menurut Jazmy, persediaan untuk berkahwin juga tidak seharusnya dinilai daripada sudut kewangan semata-mata.
Kesediaan mental, emosi dan kemampuan mengurus kehidupan bersama turut memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah perkahwinan dapat dibina dengan baik.
Jazmy turut menasihati pasangan muda supaya tidak membuat keputusan secara terburu-buru hanya kerana tekanan daripada keluarga, rakan-rakan atau masyarakat sekeliling.
Saya doakan yang terbaik buat pasangan yang dalam keadaan seperti ini. Plan your journey betul-betul, jangan silap langkah dan jangan buat keputusan terburu-buru.
Berkongsi mengenai kehidupannya sendiri, Jazmy mengakui dia kini menikmati fasa bahagia selepas mendirikan rumah tangga.
Alhamdulillah, saya sangat bahagia dalam rumah tangga saya dan diberi peluang bergelar suami.

Pandangan Jazmy itu secara tidak langsung mengingatkan setiap pasangan mempunyai perjalanan dan garis masa yang berbeza.
Tidak salah untuk menunggu sekiranya masih belum bersedia kerana perkahwinan bukan satu perlumbaan.
Apa yang lebih penting adalah kemampuan untuk memikul amanah serta membina kehidupan bersama dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
The post POV XTRA: Pasangan Gen Z Tangguh Kahwin Sebab Tak Cukup Duit? Jazmy Juma Beri Pandangan first appeared on OHBULAN!.





