28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jadi Anak Tunggal Rasa Kesepian? Daniel Fong Syukur Tak Perlu Berebut Kasih Sayang Ibu Bapa

    Shopee Sale

    Membesar sebagai anak tunggal, pelakon, Daniel Fong tidak menafikan, pengalaman tersebut adakalanya membuatkan dia berasa sunyi, terutama ketika melihat kemesraan individu lain bersama adik-beradik mereka.

    Perasaan sama turut pernah dirasai Daniel ketika masih kecil. Ada ketika dia memikirkan bagaimana kehidupannya mungkin berbeza sekiranya mempunyai saudara kandung yang boleh menemaninya di rumah.

    Bagaimanapun, apabila semakin dewasa, Daniel mula melihat statusnya sebagai anak tunggal daripada sudut yang lebih positif.

    Artikel Berkaitan: Daniel Fong Dijangkiti Influenza, Pilih Teruskan ‘Shooting’ – ‘Saya Kena Jayakan Watak Itu’

    Artikel Berkaitan: #TriviaXTRA: Pernah Dibuli, Tak Ada Kawan Sebab Gem*k, Ini 4 Fakta Menarik Tentang Daniel Fong

    Daniel rapat dengan ibu bapa

    Walaupun pernah berasa sedih dan kesepian, perasaan tersebut kini tidak lagi menghantuinya.

    Sebaliknya, status sebagai anak tunggal membuatkan hubungannya dengan kedua-dua ibu bapanya menjadi sangat rapat.

    Kadang-kadang dahulu mungkin ada rasa begitu. Tetapi sekarang sudah tidak sebab mungkin kerana saya anak tunggal, jadi saya sangat rapat dengan ibu bapa.

    Menurut Daniel, walaupun kini sudah mempunyai kehidupan, kerjaya dan komitmen sendiri, dia masih berusaha meluangkan masa bersama ibu bapanya setiap hari.

    Malah, rutin sederhana seperti bersarapan, menikmati kopi dan melakukan pelbagai aktiviti bersama menjadi antara momen yang cukup bermakna buat dirinya.

    Saya sangat bersyukur sebab sampai hari ini, setiap hari saya akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa saya.

    Hari-hari kami akan bersarapan bersama, minum kopi dan melakukan banyak aktiviti bersama.

    Bagi Daniel, peluang untuk terus menghabiskan masa bersama ibu bapanya merupakan satu bentuk rezeki yang tidak ternilai.

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Tak Tolak Kembali Bergelar Isteri, Mohon Doa Yang Baik-Baik

    Kesibukan dalam dunia lakonan juga tidak menghalangnya daripada mengekalkan hubungan rapat tersebut, lebih-lebih lagi apabila keluarga menjadi antara sistem sokongan terpenting dalam kehidupannya.

    Bertuah jadi anak tunggal

    Daniel turut mengakui perhatian dan kasih sayang penuh yang diterimanya daripada ibu bapa merupakan satu kelebihan yang mungkin tidak dirasai oleh semua orang.

    Tanpa perlu berkongsi perhatian dengan adik-beradik lain, Daniel menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menikmati kasih sayang ibu bapanya tanpa perlu bersaing.

    Ibu bapa saya pun sangat menyayangi saya. Jadi saya rasa mungkin orang yang mempunyai adik-beradik perlu berkongsi atau berebut kasih sayang ibu bapa.

    Perkara itu saya tidak pernah alami. Saya anggap diri saya seorang yang bertuah.

    Namun, pandangan tersebut bukan bermaksud dia menganggap hubungan adik-beradik sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, Daniel sekadar melihat pengalaman hidupnya sendiri sebagai satu bentuk keistimewaan yang perlu disyukuri.

    Walaupun pengalaman menjadi anak tunggal sering dikaitkan dengan rasa sunyi, terlalu bergantung kepada ibu bapa atau kurang teman di rumah, Daniel memilih untuk melihat keadaannya daripada sudut yang lebih positif.

    Baginya, ketiadaan adik-beradik tidak bermakna kehidupannya kekurangan kasih sayang. Sebaliknya, situasi itu menjadikan hubungan antara dirinya dan ibu bapa semakin erat serta sukar dipisahkan.

    Apa yang pernah dianggap sebagai satu kekurangan ketika kecil kini menjadi antara perkara yang paling disyukurinya apabila dewasa.

    The post Jadi Anak Tunggal Rasa Kesepian? Daniel Fong Syukur Tak Perlu Berebut Kasih Sayang Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah