30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Khasiat Minyak Zaitun Dalam Menyokong Kesihatan Wanita

    Shopee Sale

    Minyak zaitun merupakan minyak semula jadi yang diekstrak daripada buah zaitun, iaitu sejenis buah yang ditanam di kawasan Mediterranean.

    Artikel Berkaitan: Panduan Rawatan Ulser Mulut: Cara Berkesan Mengurangkan Radang & Pedih

    Artikel Berkaitan: Keracunan Makanan: Ketahui Gejala, Punca & Rawatan

    Amalan pemakanan sihat

    Minyak zaitun telah digunakan sejak beribu tahun lalu bukan sahaja sebagai bahan masakan, malah sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan tradisional.

    Secara umumnya, minyak zaitun terbahagi kepada empat jenis utama yang berbeza dari segi kaedah pemprosesan, cita rasa serta kegunaannya dalam masakan dan penjagaan kesihatan.

    Jenis minyak zaitun yang terdapat di pasaran ialah minyak zaitun Extra Virgin, minyak zaitun Virgin (dara), minyak zaitun tulen atau bertapis (Pure/Refined Olive Oil) serta minyak zaitun Lampante.

    Kandungan vitamin E di dalamnya membantu memperbaiki kuku yang rosak akibat faktor kesihatan atau persekitaran.

    Beberapa kajian juga menunjukkan sebatian semula jadi seperti oleuropein yang terdapat dalam zaitun berpotensi membantu melindungi tubuh daripada kanser payu dara dalam kalangan wanita.

    Minyak zaitun turut dikaitkan dengan pencegahan diabetes kerana kandungan lemak sihatnya dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.

    MENARIK:  [VIDEO] Peminat Teruja Ernie Zakri Mahu Taja Kos Mekap Sempena Konsert Aura – ‘Saya Dah Tolak Tiga Kali’

    Selain itu, komponen aktif seperti oleocanthal turut berperanan dalam menyokong fungsi otak dan berpotensi mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

    Pengambilan minyak zaitun secara konsisten membantu menguatkan tulang dengan menyokong peningkatan penanda pembentukan tulang, serta menyumbang kepada kestabilan emosi melalui pengaruhnya terhadap paras serotonin dalam otak.

    Dalam aspek pengurusan berat badan, diet yang mengandungi minyak zaitun dapat menyokong penurunan berat badan berbanding diet rendah lemak sepenuhnya.

    Ia juga membantu mengawal paras kolesterol dengan meningkatkan kolesterol baik (HDL) hasil kandungan lemak tak tepu tunggal yang tinggi.

    Di samping itu, minyak zaitun menyokong kesihatan pencernaan dengan melancarkan pergerakan usus, sekali gus membantu melegakan masalah sembelit.

    Dalam amalan tradisional yang turut disokong oleh kajian moden, minyak zaitun dikaitkan dengan bantuan melarutkan batu karang kecil pada buah pinggang serta melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah dikeluarkan secara selamat.

    Sumber: Doctor On Call

    The post Khasiat Minyak Zaitun Dalam Menyokong Kesihatan Wanita first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah