Sejak kebelakangan ini, matcha menjadi antara minuman trending dalam kalangan remaja, kerana rasanya unik dan khasiatnya yang pelbagai.
Artikel Berkaitan: Dari Minuman Segar Hingga Dessert Viral, Ini Menu Terbaru Di The Coffee Bean & Tea Leaf
Artikel Berkaitan: Kopi Termahal Di Dunia Dijual Hampir RM3,000 Secawan
Manfaat buat jantung & kulit

Daun teh ini berasal dari daun pokok ‘Camellia Sinesis’ dan telah diminum oleh masyarakat Jepun dan China beratus tahun dahulu.
Matcha merupakan serbuk teh hijau pekat yang mengandungi kepekatan antioksidan, vitamin dan mineral, berbanding dengan teh hijau biasa.
Selain mempunyai rasa yang unik, matcha turut berperanan dalam meningkatkan tenaga dan fokus. Malah turut menyokong metabolisme serta memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan kulit.
Khasiat pertamanya jelas menunjukkan ia kaya dengan antioksidan seperti katekin, kuersetin, asid fenolik, dan vitamin C.
Kandungan khasiat sebegini mampu melindungi sel daripada tekanan oksidatif, iaitu faktor yang dikaitkan dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan Alzheimer serta menyokong kesihatan keseluruhan.
Selain itu, matcha juga boleh meningkatkan fungsi otak dan membantu mencegah penyakit kemerosotan neuro.
Kandungan kafein dan epigallocatechin gallate (EGCG) dalam matcha mempunyai kesan anti-radang serta dikaitkan dengan pengurangan pemendapan amiloid beta dalam otak, sekaligus menyokong daya fikir dan kepekaan insulin.
Matcha juga mempunyai kandungan epigallocatechin gallate yang tinggi, iaitu sejenis katekin yang mempunyai ciri anti-kanser yang kuat.
Terdapat kajian makmal yang menunjukkan epigallocatechin gallate dalam matcha boleh membantu membunuh sel kanser prostat serta merencatkan pertumbuhan dan pembiakan sel kanser pundi hempedu dan duktus hempedu.
Menurunkan berat badan

Kajian lain juga menunjukkan matcha boleh melindungi kesihatan jantung dengan membantu menurunkan paras kolesterol total dan trigliserida.
Kesan ini dipercayai berlaku melalui pengurangan tekanan oksidatif, sekali gus mengurangkan keradangan dan menyokong perlindungan otot jantung.
Minuman teh hijau pekat ini berpotensi membantu mencegah dan merawat jangkitan virus, termasuk COVID-19.
Sebatian katekin yang terkandung di dalamnya telah didapati mempunyai aktiviti anti-virus terhadap HBV, herpes simplex, HIV dan influenza.
Seterusnya matcha juga bermanfaat bagi pesakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula dalam darah dengan menghalang pencernaan kanji serta mengurangkan perembesan glukosa secara mendadak dalam usus.
Di samping itu, ianya juga boleh membantu melindungi kesihatan hati dan mencegah penyakit hati berlemak bukan alkohol.
Khasiat terakhir matcha ialah kemampuannya menurunkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme, sekaligus meningkatkan penggunaan tenaga dan pembakaran lemak.
Sumber: Helo Medik
The post Kenali Khasiat Matcha: Mampu Hindari Virus Covid-19 & Penyakit Jantung first appeared on OHBULAN!.





