Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa teruja dan terharu apabila dapat melepaskan rasa rindu terhadap ibunya selepas lebih dua tahun tidak berjumpa.
Artikel Berkaitan: Farahdhiya Dedah Terima DM ‘Lucah’, Malu Dengan Sikap Netizen – ‘Terlalu Ramai Yang Miang & Sakit Mental’
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Nyawaku’- Farahdhiya Luah Rasa Rindu, Terkenang Arwah Ayah
Rindu terubat
View this post on Instagram
Menerusi Instagram (IG), Farahdhiya atau nama lengkapnya Nur Farahdhiya Mohd Amin memuat naik video dirinya yang menanti ketibaan ibu yang terbang dari England ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mak dah balik, saya menunggu dengan penuh debaran selama hampir dua jam untuk tunggu dia (ibu) sampai.
‘Nervous’ sebab dah lebih dua tahun tak jumpa!
Rindu, Alhamdulillah sekarang dia dah kembali ke dakapan saya.
Menerusi perkongsian yang sama, dapat dilihat ibunya iaitu Aishah Jeannette Amin tidak dapat menahan sebak sebelum menitiskan air mata ketika berpelukan dengan Farahdhiya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira kerana kerinduan Farahdhiya terhadap ibunya terubat.
Mereka juga meluahkan rasa sebak melihat momen dua beranak itu berpelukan.
Komen netizen

Sumber: IG Farahdhiya
The post Lebih Dua Tahun Tak Berjumpa, Rindu Farahdhiya Pada Ibu Terubat – ‘Mak Dah Balik’ first appeared on OHBULAN!.





