Gara-gara memaparkan gaya hidup mewah di media sosial, seorang remaja lelaki didakwa menjadi mangsa penculikan.
Artikel Berkaitan: Lelaki Culik Isteri Rakan Selepas Bertahun ‘Stalk’ & Mengurat
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Hilang Tiga Minggu, Rupa-Rupanya Dijual Di Aplikasi ‘Dating’
Mangsa culik

Berdasarkan laporan media, kejadian tersebut berlaku di daerah Panna, Madhya Pradesh, India melibatkan mangsa berusia 19 tahun.
Menurut pihak polis, mangsa yang dikenali sebagai Kanha Dengre merupakan anak kepada peniaga kain telah diculik pada 27 Jun lalu sebelum tiga suspek menghubungi keluarganya dan menuntut wang tebusan sebanyak 1 juta rupee (RM 42,827).
Sebelum melaporkan kepada pihak polis, keluarga mangsa bertindak memindahkan wang 148,000 rupee (RM6,338) kepada penculik berikutan bimbang dengan keselamatan anak mereka.
Bagaimanapun, pihak polis berhasil memintas kegiatan jenayah itu dengan membekukan akaun tersebut lalu menghalang suspek mengeluarkan wang.
Remaja lelaki itu kemudian berjaya diselamatkan, manakala suspek berkenaan berjaya diberkas pihak berkuasa. Ketiga-tiga mereka dihadapkan ke mahkamah sebelum menjalani tahanan reman.
Selain itu, pihak polis juga merampas sepucuk pistol, dua senjata api buatan sendiri dan dua buah motosikal yang didakwa digunakan semasa insiden tersebut.
Sumber: India Today
The post Padah Tayang Gaya Hidup Mewah Di Media Sosial, Remaja Lelaki Jadi Mangsa Culik first appeared on OHBULAN!.





