Seorang pelakon wanita yang telah ditahan pihak polis kelmarin dalam sebuah serbuan turut didakwa positif tiga jenis dadah.
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisan Ditahan Positif Dadah
Pelakon ditangkap

Memetik laporan Sinar Harian, sumber memaklumkan bahawa pelakon wanita yang pernah menyertai rancangan realiti nyanyian itu telah ditahan dalam salah sebuah bilik VIP.
Pihak berkuasa juga memberitahu, selepas melakukan ujian saringan terhadap aktres berkenaan dia dipercayai positif bahan terlarang jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
Hasil pemeriksaan juga mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.
Menurut sumber, 14 individu telah ditahan semasa serbuan terbabit iaitu tujuh lelaki dan enam wanita.
Difahamkan ketika serbuan juga ada yang mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki.
Premis terbabit juga menjual minuman keras tanpa lesen dan kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.
Serbuan Op Noda berkenaan telah dilaksanakan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3.15 pagi Selasa.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan aktres yang membintangi drama kepolisan terkenal itu.
Sumber: Sinar Harian
The post Pelakon Wanita Drama Kepolisan Didakwa Ditahan Dalam Bilik VIP, Positif Tiga Jenis Dadah first appeared on OHBULAN!.





