28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Ada Dakwaan Dia Membuli, Saya Rasa Tidak Mungkin Berlaku’ – Bapa Mangsa Serah Siasatan Kepada Polis

    Shopee Sale

    Bapa kepada mangsa tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor menegaskan anaknya bukan seorang pembuli.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Sempat Lari’ – Bapa Mangsa T*kaman Di Sekolah Banting Dedah Keadaan Anak, Percaya Bukan Sasaran Suspek

    Artikel Berkaitan: Suspek Didakwa Tikam Pelajar Di Sekolah Banting Ditahan, Polis Mohon Ibu Bapa & Masyarakat Jangan Buat Spekulasi

    Anak saya pendiam – Bapa mangsa

    Memetik laporan Sinar Harian, bapa mangsa menyifatkan anaknya sebagai seorang yang pendiam dan tidak banyak kerenah.

    Tambahnya, mangsa tidak pernah keluar bersendirian bersama rakan-rakan namun terbuka sekiranya pihak berkuasa mahu menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes buli.

    Kalau keluar rumah pun saya atau ibunya yang menghantar.

    Bila ditanya, barulah dia menjawab dan hanya meminta sesuatu apabila perlu.

    Dia tidak pernah keluar bersendirian dengan rakan-rakan.

    Jika ada dakwaan mengatakan dia membuli, saya rasa perkara itu tidak mungkin berlaku. Namun, saya terbuka sekiranya pihak polis mahu menyiasat elemen buli.

    Nama anak tersenarai

    Mengulas isu yang tular berhubung senarai nama individu yang didakwa membuli suspek, bapa mangsa, Mohd Firuz, mengakui ada menerima mesej mengenai perkara itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’

    Bagaimanapun, Mohd Firuz enggan mengulas lanjut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan kes tersebut.

    Saya ada juga mendengar cerita dan menerima mesej WhatsApp yang mengandungi senarai nama yang tular itu, tetapi kami tidak dapat memastikan kesahihannya.

    Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

    Sebelum ini, tular di media sosial beberapa rakaman video yang memaparkan suasana cemas di sebuah sekolah di Banting apabila seorang wanita berpakaian serba hitam dilihat memegang sebilah pisau sambil berjalan di dalam kawasan sekolah.

    Sumber: Sinar Harian

    The post ‘Jika Ada Dakwaan Dia Membuli, Saya Rasa Tidak Mungkin Berlaku’ – Bapa Mangsa Serah Siasatan Kepada Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah