31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yuneswaran jawab KJ: Perlembagaan, bukan parti politik lindungi hak Melayu

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Timbalan Menteri Perpaduan, R Yuneswaran berkata perlindungan terhadap hak keistimewaan orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik yang memegang kuasa.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong), yang merujuk kepada kenyataan mutakhir oleh bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa hanya Umno yang mampu melindungi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

    R Yuneswaran

    Semasa sesi pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini, Yuneswaran menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara, sambil menambah bahawa peruntukan berkaitan perkara yang dilindungi tidak boleh diubah dengan mudah kerana sebarang pindaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen serta perlu melalui proses yang panjang.

    Dia turut menggesa ahli politik agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahbelahkan masyarakat berhubung perkara dalam perlembagaan, dan menekankan tanggungjawab mereka sebagai penggubal dasar untuk mempromosikan perpaduan negara.

    “Saya juga mencadangkan, juga mengalu-alukan, dan juga menyarankan kepada ahli-ahli politik, elakkanlah ya.

    “Kita tahu kita semua ni adalah pembawa dasar perlu sangat berwaspada dan berhati-hati dalam artikel apa-apa isu yang ada termaktub dalam perlembagaan, itu jelas,” katanya kepada Dewan Rakyat pagi ini.

    Keluhuran perlembagaan ialah prinsip undang-undang yang menetapkan perlembagaan sebagai kuasa undang-undang tertinggi di Malaysia.

    Ini menyebabkan mana-mana undang-undang atau kontrak yang melanggar perlembagaan menjadi terbatal dan tidak sah, mengikut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

    Khairy Jamaluddin

    Pada Ahad lalu, Khairy menyeru pengundi Melayu dan Islam di Negeri Sembilan untuk mengembalikan sokongan kepada BN pada pilihan raya negeri yang akan datang, dengan mendakwa menteri besar sementara, Aminuddin Harun gagal melindungi kepentingan masyarakat itu.

    MENARIK:  Pemuda Bersatu gesa henti pungutan data rakyat tanpa izin

    Sambil meujuk kepada komposisi kaum wakil PH dalam Dewan Undangan Negeri, Khairy berkata masyarakat Melayu-Islam mendapat manfaat daripada kerajaan negeri sebelum ini kerana mempunyai 14 Adun daripada Umno yang mewakili kepentingan kumpulan tersebut.

    Bekas anggota parlimen Rembau itu turut menuduh Aminuddin tidak berkuasa dan berada di bawah kawalan DAP, yang memegang kerusi terbanyak dalam kalangan parti PH.

    Pakatan BN-PH

    Pada PRN Negeri Sembilan 2023, PH dan BN bertanding di bawah satu pakatan bagi mengelakkan pertembungan, dan masing-masing berjaya memenangi 17 dan 14 kerusi.

    Daripada 17 kerusi PH, 11 dipegang oleh DAP, manakala PKR mempunyai lima kerusi, dan Amanah satu kerusi.

    Aminuddin Harun

    Bersama-sama, gabungan itu membentuk kerajaan negeri, manakala Perikatan Nasional kekal sebagai pembangkang selepas hanya memenangi lima kerusi.

    Bagaimanapun, hubungan antara PH dan BN di Negeri Sembilan renggang apabila pada April susulan pertikaian antara empat undang yang memerintah dan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    BN negeri menuduh Aminuddin gagal menguruskan isu itu dengan betul, menyebabkan 14 Adun mereka menarik balik sokongan terhadap menteri besar tersebut.

    Cubaan mereka untuk menjatuhkan Aminuddin bagaimanapun gagal selepas campur tangan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat persekutuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah