28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Wanita Dipercayai Anak Buah Norman Hakim – ‘Nasib Saya Ni Tak Mati Ja’

    Shopee Sale

    Kemelut antara pelakon, Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim masih belum berpenghujung apabila isu berkaitan kisah silam yang disfatkan sebagai pengalaman pahit mereka kembali dibangkitkan.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Hati Sayang Sentiasa Menangis, Luka Yang Tidak Akan Hilangnya Parut’ – Suami Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: ‘Menangis Sampai Terkencing… Bersalin Dalam Kereta, Ada Dia Peduli?’ – Abby Abadi Trauma, Diuji Sejak Hamil Anak Pertama

    Gaduh

    View this post on Instagram

    A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

    Menerusi perkongsian di Instagram, Abby tampil memberi respon kepada wanita yang dipercayai anak buah kepada Norman yang mengatakan dakwaan dirinya menyambut anaknya seorang diri adalah tidak benar.

    Jelas Abby, wanita itu tidak berhak untuk mencampuri urusannya memandangkan dia melalui semua perkara seorang diri.

    Sekarang isunya apa? Sibuk nak burukkan saya sebab saya cakap saya yang sambut anak dalam kereta.

    Cuba baca semula bagi faham pakai otak. Bila masanya saya cakap saya seorang diri masa kejadian?

    Pak cik (Norman) awak yang bawa kereta tapi saya duduk sebelah, teran dan akhirnya bayi itu keluar sendiri.

    Ada sahaja gambar atas kerusi sebelah pemandu sampai klinik, macam itulah juga kedudukannya.

    Dakwa Abby, dia tidak pernah bercerita mengenai masalah yang dihadapi ketika menjadi isteri kepada Norman kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.

    Saya ni nasib baik tidak mati saja, macam-macam kena dulu. Bawa pergi klinik cakap kemalangan padahal lain ceritanya.

    Tak pernah pun cerita dekat keluarga awak sebab tidak mahu menyusahkan tapi sekarang tiba-tiba menyibuk pula.

    Dalam pada itu, Abby turut mendakwa dia pernah berniaga bagi menampung perbelanjaan makan minum, tempat tinggal anak-anaknya serta Norman.

    Tak perlu la nak tuduh saya dengki ke apa dengan pak cik awak. Saya tidak hairanlah.

    Tak kaya pun tidak mengapa, janji saya tidak minta sedekah dekat keluarga awak.

    Jangan melebih, awak tidak tahu apa-apa lebih baik diam.

    Terdahulu, hubungan antara Abby dengan anak keduanya iaitu Marissa Dania didakwa sedang bermasalah apabila aktres tersebut dikhabarkan tidak menghadiri ke majlis sambutan hari lahir puterinya itu.

    MENARIK:  Quote Ruhainies: Manusia Tidak Akan Datang & Pergi Dari Hidup Kita Tanpa Sebab

    Pemilik nama, Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu juga mendedahkan trauma yang pernah dialaminya ketika perkahwinannya yang terdahulu.

    Marissa bagaimanapun, menafikan spekulasi segelintir pihak yang mendakwa dia sering mengetepikan ibu kandungnya.

    Sumber: Instagram

    The post Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Wanita Dipercayai Anak Buah Norman Hakim – ‘Nasib Saya Ni Tak Mati Ja’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah