Pelakon Kamal Adli menjelaskan luahan mengenai perasaan sunyi yang dikongsikannya di media sosial baru-baru ini bukanlah petanda dirinya mengalami keresahan atau anxiety.
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Uqasha Senrose, Semoga Diberi Kebahagiaan Oleh Allah & Menjadi Ibu Terbaik’- Kamal Adli
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Orang Tak Bersalah Yang Meninggal!’ – Kamal Adli
Kamal Adli bukan anxiety

Ketika ditemui , Kamal sebaliknya memaklumkan bahawa perasaan itu hadir secara tiba-tiba sehingga membuatkan emosinya terganggu.
Ujarnya lagi, ketika kejadian itu berlaku, dia hanya bersendirian di rumah dan tidak mempunyai sesiapa untuk diajak berbual.
Dia bukan sunyi tetapi hari itu saja tiba-tiba dia ‘attack’. Saya bukannya ada anxiety. Tiba-tiba dia datang dan saya rasa sunyi yang teruk sangat.
Waktu itu dah lewat malam dan tak ada orang saya nak borak. Dia macam terus ‘hit’ emosi saya.
Saya sendiri tak tahu nak gambarkan macam mana rasa itu. Ramai cakap pergilah jumpa keluarga, tapi bukan sebab itu. Bukan pasal keluarga.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Astro Fandom di D Theatre, Empire Damansara, pada Selasa.
Kamal Adli bukan mahu cari pengganti

Mengulas lanjut mengenai perkongsian tersebut, pelakon filem Abang Long Fadil itu menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk mengetahui pendekatan yang dilakukan oleh mereka yang pernah berdepan situasi sama.
Saya cuma tertanya-tanya macam mana kalau orang pernah lalui benda macam itu. Saya tak sangka ramai berkongsi pendapat, termasuk mereka yang profesional dan alim ulama.
Saya baca satu demi satu dan saya boleh ‘relate’. Alhamdulillah, saya kembali tenang.
Bagaimanapun, Kamal berkata dia kembali pulih selepas berkesempatan meluangkan masa dengan anaknya, Hawra Uqaira.
Esoknya saya terus cari Hawra. Bila dapat jumpa dia, saya rasa okey. Saya memang gembira bila bersamanya. Bila jumpa dia, saya akan all out. Saya tak pegang telefon, saya cuma nak luangkan masa dengan dia.
Dalam pada itu, Kamal turut menafikan perasaan sunyi yang dialaminya mempunyai kaitan dengan keinginan untuk mencari teman hidup.
Saya tak looking forward ke arah itu lagi. Saya gembira ada Hawra sekarang. Itu punca utama saya gembira sekarang iaitu dengan berada dekat dengannya.
Sebelum ini, perkongsian Kamal di Threads mengenai perasaan sunyi dan kosong yang hadir secara tiba-tiba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat sehingga ada yang menyangka dirinya sedang berdepan masalah emosi.
Untuk rekod, Kamal pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Uqasha Senrose pada 4 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, sebelum disahkan bercerai pada 12 Januari lalu.
The post [VIDEO] ‘Saya Bukannya Ada Anxiety, Cuma Tiba-Tiba Rasa Sunyi..Tak Ada Orang Nak Borak’ – Kamal Adli first appeared on OHBULAN!.





