
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, dalam satu kejadian di Indonesia.
Cabul budak 6 tahun

Memetik laporan Detik, ibu saudara mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis mendakwa kanak-kanak itu dicabul selepas bermain ‘kahwin-kahwin’ bersama beberapa rakan sebayanya di rumah suspek.
Suspek kemudian didakwa tiba-tiba menyertai permainan tersebut dan terus melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami luka pada bahagian kemaluannya.
Susulan daripada laporan yang diterima, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi.
The following two tabs change content below.





