Penyanyi dan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berharap perkongsiannya mengenai layanan kurang mesra yang diterima isterinya daripada seorang pegawai bank dapat dijadikan iktibar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azmi Saat Berang Isteri Dakwa Dilayan Kasar Pegawai Bank Di Cheras – ‘Kami Hanya Buta Bukan Bodoh’
Respon Azmi Saat

Ketika ditemui , Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, menjelaskan bahawa video yang dimuat naik itu bukanlah bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya sebagai usaha membuka mata orang ramai tentang realiti yang dihadapi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Itu bukanlah kali pertama berlaku untuk golongan seperti kami Orang Kelainan Upaya (OKU).
Tapi selepas saya buat perkongsian itu, ramai mengakui pernah berdepan situasi sama. Bukan hanya di bank tapi di pusat beli-belah pun benda ini biasa berlaku.
Azmi berkata demikian pada majlis Sesi Santai Media yang meperdengar lagu solo terbaharu berjudul Satu di Redbox Karaoke The Gardens, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut diharap dapat memberi kesedaran khususnya kepada mereka yang bekerja dalam bidang perkhidmatan pelanggan agar lebih peka dan profesional ketika menjalankan tugas.
Kadang-kadang mungkin bukan niat nak kurang ajar, tapi cara itu tak sesuai dan boleh timbulkan persepsi yang tak baik.
Kami golongan OKU tidak diminta dilayan seperti raja atau dipercepatkan urusan. Kami cuma harap layanan sepatutnya sama seperti orang normal.
Terdahulu, Azmi Saat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang kakitangan bank yang didakwa bertutur secara kasar terhadap isterinya, Nazira Muhammad yang juga merupakan individu Orang Kurang Upaya (OKU).
Bagaimanapun, pihak bank berkenaan difahamkan telah menghubunginya untuk memohon maaf.
The post ‘Kami Golongan OKU Tak Minta Dilayan Seperti Raja, Cuma Harapkan Layanan Sepatutnya’ – Azmi Saat first appeared on OHBULAN!.





