28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Akui Tidak Mudah Menjadi Ibu Bapa – ‘Kita Ada Tanggungjawab Untuk Buang Perkara Salah Yang Dinormalisasikan’

    Shopee Sale

    Penyanyi Shila Amzah akui tidak mudah menjadi ibu bapa untuk membentuk anak-anak mengikut kesesuaian zaman.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Keluarga Bakal Sambut Aidilfitri Di China, Buat Persiapan Konsert – ‘Kami Memang Ada Bawa Baju Raya’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Bebas Hutang, Habiskan Bayar Rumah & Kereta..Berhenti Beli Barang Tak Perlu’ – Shila Amzah

    Cabaran jadi ibu bapa

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 36, seakan meluahkan kerisauan dalam menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.

    Tambahnya, pelbagai isu yang sering dibaca di media sosial turut menimbulkan kebimbangan apatah lagi jika perkara tersebut berlaku kepada keluarga sendiri.

    Kita yang menjadi ibu bapa zaman sekarang ini sangat tidak mudah.

    Kita pula ada sepasang. Dengan nak hapuskan trauma generasi lagi, dengan nak amalkan didikan cara asia, dengan anak istimewa.

    Baca berita ini semua buat kita takut sangat, apatah lagi apa yang kita baca, ada saja jadi pada keluarga terdekat.

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Patah Seribu itu berpendapat ibu bapa memainkan peranan utama dalam memutuskan perkara salah yang dinormalisasikan dalam sesebuah keluarga sehingga memberi kesan pada anak.

    Kita ada tanggungjawab untuk mencuci perkara yang salah, yang sudah dinormalisasikan dalam kalangan keluarga supaya anak-anak tidak akan terkesan dengan perkara ini lagi.

    Sumber: Threads @shahilaamzah

    MENARIK:  Wani Kayrie Terharu, Peminat Jepun Sanggup Terbang ke Malaysia Demi Saksikan Persembahan Tahun Baharu

    The post Shila Amzah Akui Tidak Mudah Menjadi Ibu Bapa – ‘Kita Ada Tanggungjawab Untuk Buang Perkara Salah Yang Dinormalisasikan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah