29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tolak Lima Tawaran Ambang Merdeka, Kamal Adli Pilih Kembali Ke Pahang – “Saya Teruja Dengan…”

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Kamal Adli sanggup menolak lima tawaran lain demi mahu kembali berbakti kepada negeri kelahiran.

    ARTIKEL BERKAITAN: #TipsXTRA: ‘Memang Susah, Sabar Itu Kunci Segala Perkara’ – Kamal Adli Kongsi Realiti Jadi Bapa Tunggal

    ARTIKEL BERKAITAN: POV XTRA: ‘Mungkin Ada Cakap Belakang, Tapi Saya Tak Sedar Dia Musuh’ – Kamal Adli Tak Layan Drama, Pilih Keluarga & Kerja

    Kendali Program Di Maran, Pahang

    Pengacara program Melodi TV3 ini memilih untuk mengendalikan acara Ambang Merdeka 2026 di Maran, Pahang sempena program Semangat Merdeka Aspirasi Belia Pahang 1st.

    Berlangsung di Dataran Sejahtera, Maran, Pahang pada 30 Ogos lalu, acara berkenaan menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti untuk golongan belia, keluarga dan masyarakat setempat.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Menurut Kamal, peluang mengacarakan acara berkenaan cukup dekat di hatinya kerana memberi ruang untuk kembali bertemu masyarakat di kampung halaman, sekali gus menyambut bulan kemerdekaan dalam suasana yang lebih bermakna.

    “Untuk malam Merdeka tahun ini, saya memang pilih untuk balik kampung. Ada lima tawaran lain yang datang, tetapi hati saya lebih kuat nak bersama penduduk negeri kelahiran sendiri. Bila dapat peluang macam ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beri semula apa yang saya mampu.

    “Memang excited dapat jumpa orang kampung. Lagi-lagi bila tengok sambutan yang sangat meriah dan semua datang bersama keluarga. Bila diberitahu kehadiran mencecah 10,000 orang, saya rasa sangat terharu dan seronok dapat menjadi sebahagian daripada malam ini,” katanya.

    Kamal turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, serta wakil rasmi Menteri Besar Pahang merangkap Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Aspirasi Pahang First, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, atas kepercayaan dan peluang yang diberikan.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    “Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Tok Wan dan Datuk Seri Shahaniza kerana memberi kepercayaan kepada saya. Bagi saya, ini bukan sekadar satu lagi tugasan mengacara, tetapi peluang untuk balik, bertemu masyarakat dan meraikan kemerdekaan bersama orang Pahang sendiri.

    “Saya harap program seperti ini dapat diteruskan kerana kita bukan hanya berkumpul untuk meraikan Merdeka, tetapi pada masa sama memberi ruang kepada anak muda, keluarga dan komuniti untuk bersama-sama dalam satu acara yang positif,” ujarnya.

    Pelbagai Program Menarik

    Menariknya, Ambang Merdeka 2026 tidak hanya tertumpu kepada acara pentas dan persembahan artis, sebaliknya diisi dengan pelbagai aktiviti sepanjang program antaranya Zumba Merdeka bersama Cik Fendi, Sukan Rakyat Merdeka Edition, pertandingan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang dan eFootball, Belia Maran X Lepak Tasek Maran, Sarong Sepak Penalti serta Batik Netball Shoot Up.

    MENARIK:  [VIDEO] Umisya Sedih Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Mereka Tak Bersalah’

    Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan pertandingan mewarna, Merdeka Fashion Week, pertandingan masakan warisan Malaysia, Walk A Town With Me Pahang 1st, Maran Neon Night Run X Batik, 4X4 Gathering dan pertandingan dekorasi kek Merdeka, sebelum kemeriahan acara diserikan dengan persembahan artis popular seperti Haqiem Rusli, Cherpen, Hadie Elfardie dan Baggio serta pertunjukan bunga api.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Kepelbagaian pengisian tersebut bukan sahaja menjadikan sambutan kemerdekaan lebih meriah, malah membuka ruang kepada masyarakat daripada pelbagai peringkat usia untuk terlibat secara langsung, khususnya golongan belia menerusi aktiviti sukan, gaya hidup, kebudayaan dan kreativiti.

    Bagi Kamal, melihat ribuan masyarakat berkumpul dalam suasana penuh semangat patriotik menjadi antara pengalaman manisnya tahun ini, apatah lagi keputusan untuk melepaskan beberapa tawaran lain akhirnya membawanya kembali meraikan detik istimewa bersama masyarakat di kampung halaman.

    The post Tolak Lima Tawaran Ambang Merdeka, Kamal Adli Pilih Kembali Ke Pahang – “Saya Teruja Dengan…” first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah