29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jakim akan panggil individu sertai pertandingan Miss Equality World 2026

    Shopee Sale

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

    Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata berpandukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan untuk memanggil individu itu.

    “JAKIM ingin menegaskan bahawa penglibatan itu amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.

    MENARIK:  Yusoff Rawther diheret ke mahkamah, didakwa edar ganja

    “Perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain bercanggah dengan perundangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa usaha untuk menormalisasikan perlakuan songsang itu.

    Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu dipercayai lekaki yang memakai pakaian wanita menyertai pertandingan itu yang mendapat kecaman netizen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah