33.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lil J Suntik Elemen Lucu Dalam Single Baharu ‘Senjittah’

    Shopee Sale

    Mengangkat tema patah hati, pengkhianatan dan keberanian meninggalkan hubungan yang tidak sihat, artis hip hop Lil J, tampil dengan single baharu berjudul Senjittah.

    Artikel Berkaitan: The Lima Muncul Dengan Single ‘Rasa’, Ubati Kerinduan Peminat 

    Single baharu

    Senjittah berkisarkan tentang sebuah sudut pandang seorang lelaki yang kecewa apabila tidak dihargai pasangan yang tidak setia.

    Kebanyakkan lagu-lagu dengan kisah yang sama akan sarat dengan kesedihan, namun tidak bagi Lil J yang memilih untuk membawa lagu ini menjadi sebuah karya sindiran yang lucu, berani dan bertenaga.

    Patah hati ialah pengalaman yang dilalui ramai orang, dan selalunya kita hanya mendengar tentang betapa peritnya pengalaman itu.

    Saya mahu melihatnya daripada sudut yang berbeza. Ada kalanya, kita perlu menoleh ke belakang, mentertawakan apa yang berlaku, mengambil pengajaran daripadanya dan terus melangkah. Itulah idea utama di sebalik ‘Senjittah’.

    Konsep lagu ini dibangunkan oleh Lil J bersama DJ Biggie, manakala produksinya diterajui oleh DJ Biggie dan DJ Freazz. 

    Difahamkan single ini juga diambil daripada pengalaman peribadi Lil J, yang merasakan dirinya tidak pernah cukup baik dalam sesebuah hubungan.

    Lil J dan DJ Biggie kemudian bersepakat untuk menyuntik unsur humor, keyakinan dan persembahan yang penuh tenaga dalam pembikinan lagu ini.

    Sebaik sahaja mendengar rentaknya, saya tahu kami perlu menghasilkan sesuatu yang berbeza.

    DJ Biggie mencadangkan supaya kami mengangkat tema patah hati, tetapi menyampaikannya dengan cara yang lucu.

    Pendekatan itu terasa segar dan memberi ruang kepada kami untuk mengubah pengalaman yang sukar menjadi sesuatu yang menghiburkan serta positif.

    Walaupun disampaikan dalam nada yang ringan, Lil J berharap Senjittah dapat menggalakkan pendengar supaya lebih menghargai diri sendiri dan menyedari apabila sesebuah hubungan mula menjejaskan kebahagiaan mereka. 

    Kita perlu cukup menyayangi diri sendiri untuk mengetahui bila tiba masanya untuk pergi.

    Kita tidak seharusnya mengorbankan kebahagiaan, masa dan tenaga demi seseorang yang tidak menghargai kita. Ia mungkin sukar, tetapi kita perlu mengenali petandanya dan mula memandang ke hadapan.

    Senjittah juga merupakan single pertama daripada album Tamil sulung Lil J yang bakal dilancarkan.

    MENARIK:  Ayda Jebat Terima Banyak ‘DM’ Wanita Ketika Berambut Pendek

    Projek tersebut menandakan kepulangannya kepada akar budaya sendiri, di samping memberinya ruang untuk meneroka bunyi, penceritaan dan pengaruh budaya yang baharu.

    Saya sangat teruja kerana ini merupakan album Tamil pertama saya. Senjittah adalah pengenalan pertama kepada perjalanan tersebut.

    Album ini akan menampilkan gabungan bahasa Tamil dan Inggeris kerana pada pandangan saya, percampuran bahasa menjadikan muzik lebih menarik dan mencerminkan semangat kepelbagaian budaya dalam hip-hop.

    Walaupun sedang mengusahakan album Tamil, saya tetap mendapati diri saya menulis lagu-lagu Melayu secara semula jadi.

    Saya ingin menghasilkan lebih banyak muzik berbahasa Melayu dan bekerjasama dengan artis-artis Melayu pada masa hadapan. Saya tidak mahu mengehadkan diri kepada satu bahasa atau satu jenis muzik sahaja.

    Untuk info, Senjittah kini boleh didengarkan di semua platform penstriman. 

    The post Lil J Suntik Elemen Lucu Dalam Single Baharu ‘Senjittah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah