28.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K.O.I Dinobat Juara, Ini Senarai Penuh Pemenang AJL40

    Shopee Sale

    Kumpulan K.O.I dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Wani Kayrie Berhabis Ribuan Ringgit Ubah Suai Mikrofon – ‘Mikrofon Penyanyi Punya Weapon’

    Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Saya Cuma Nak Buat Persembahan Yang Menjadi Kenangan Indah’ – Dayang Nurfaizah

    K.O.I juara, senarai penuh pemenang AJL40

    Kemenangan lagu Tiwikarma sekali gus melayakkan K.O.I membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000.

    Terima kasih kepada semua yang sokong kami, terutamanya keluarga, pasukan dan peminat kami. kami pun dah kehilangan kata-kata.

    Alhamdulillah ini untuk anda semua.

    Sementara itu, naib juara AJL40 pula menjadi milik lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno ciptaan dan lirik oleh penyanyi itu sendiri bersama Radi. Kemenangan itu sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

    Manakala lagu Lumangad Oku Dika yang dinyanyikan Reynald Guntabid, dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi AJL40.

    MENARIK:  Datuk Lantik Peguam Baru Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

    Pada pentas AJL40 kali ini, Marsha Milan menerusi lagu Tangisan Seorang Pendosa berjaya memenangi kategori Vokal Terbaik selepas saingan sengit, sekali gus membawa pulang trofi berserta wang tunai RM12,000.

    Seterusnya, kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Aina Abdul selepas mempamerkan persembahan yang memukau.

    Pada malam kemuncak itu, Aina Abdul turut memenangi Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

    Bukan itu sahaja, pelantun lagu Sadis itu turut mewakili Malaysia di Pertandingan Lagu Eurovision (Eurovision Song Contest).

    Kami di mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan finalis AJL40 tahun ini!

    The post K.O.I Dinobat Juara, Ini Senarai Penuh Pemenang AJL40 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah