32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiket MADANI F1 Sepang RM200 Untuk Pemegang MyKad – PM Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju menawarkan Tiket MADANI pada harga serendah RM200 kepada pemegang MyKad bagi menyaksikan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang, Oktober ini.

    Artikel Berkaitan: Khairul Aming ‘Battle’ Tiket F1 Sampai Terlelap, Netizen Seloroh – ‘Macam Tu Kami Rasa Bila Nak Booking Slot Rembayung’

    Artikel Berkaitan: Alex Yoong Akui Sepang Antara Litar Moden Terbaik Dunia, Gembira F1 Kembali Ke Malaysia

    Tiket Madani

    Memetik Harian Metro, Anwar berharap inisiatif itu akan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman menyaksikan perlumbaan perlumbaan F1 secara langsung.

    Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, kerajaan sukacita mengumumkan Tiket MADANI khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara.

    Moga inisiatif ini membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman Formula 1 secara langsung di Sepang.

    Dalam pada itu, Anwar berkata pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai penjualan tiket tersebut dalam masa terdekat.

    MENARIK:  [VIDEO] Peguam Perjelas Kesan Li’an Selepas Shuk Sahar Didakwa Hina Kandungan Isteri – ‘Haram Kahwin Semula & Anak Tak Boleh Dinasabkan’

    Sebelum ini, media melaporkan perlumbaan F1 yang dijadualkan semula pada 2 hingga 4 Oktober ini bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

    Sumber: Harian Metro

    The post Tiket MADANI F1 Sepang RM200 Untuk Pemegang MyKad – PM Anwar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah