28 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datuk Lantik Peguam Baru Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan

    Shopee Sale



    Datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dijumpai meninggal dunia akibat dibunuh iaitu Zahari Mohd Reba sudah melantik peguam baru bagi mewakili ibu bapa mangsa yang ditahan reman.

    Artikel berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Polis

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Kita Dah Berbeza Alam, Mommy Anggap Abang Ada Je Dengan Kami’

    Lantik peguam baru

    Memetik laporan Harian Metro, Zahari mengesahkan perkara itu bagaimanapun dia dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan.

    Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam.

    Terdahulu, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

    Peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dia tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

    MENARIK:  Idayu Kesal, Dakwa Penganjur Majlis Enggan Tawar Bayaran Setimpal – ‘Saya Bukan Penyanyi Funfair’

    Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada 6 Disember lalu jam 9 malam. Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

    Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah