33 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL 40: Amir Jahari Yakin Dengan Bakat Ryenald Guntabid – ‘Dari Segi Vokal Dia Boleh Makan Calon Lain’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Amir Jahari menganggap finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Ryenald Guntabid mempunyai harapan untuk membawa pulang trofi di pentas berprestij tersebut.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Terharu Diramal ‘Vokal Terbaik’, Ryenald Guntabid Bagi ‘Hint’ Persembahan – ‘Saya Tak Nyanyi Seorang’

    Menjelang AJL

    Ketika ditemui , Amir atau nama lengkapnya Mohamad Amirullah Jahari, 34, yakin bahawa Ryenald mempunyai bakat yang luar biasa terutama dari segi vokal. 

    Saya sangat gembira sebab Ryenald dapat masuk AJL, dia lebih kurang macam saya, penyanyi dan penulis lirik. Lagu pertama yang dia buat dapat masuk, sama juga seperti saya.

    Tapi saya nampak dia ada harapan. Kalau nak diikutkan dari segi vokal memang di boleh ‘makan’ calon lain. 

    Walau bagaimanapun, pelantun lagu Hasrat itu tidak menafikan persaingan hebat daripada calon-calon lain di AJL edisi kali ini, terutama apabila melihat ramai penyanyi mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lagu mereka sendiri.

    Dari segi penulisan pun lagu dia sedap cuma saingannya ialah ramai penulis lirik dan juga penyanyi yang bertanding. Saya dengar ramai tahun ini..ada lapan orang daripada sepuluh.

    Pada saya agak berat sebab lagu-lagu lain pun sama hebat dan sedap-sedap.

    Saya juga suka lagu ciptaan penyanyi dan komposer, Aina Abdul yang turut bersaing untuk lagu Kamu.

    Amir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Nastia Project: Soul Journey yang berlangsung di hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Dahlia Rizal Kongsi Rutin Baca Taklim Sebelum Tidur, Netizen Harap Dapat Calon Suami Macam Imran Aqil

    Dalam masa yang sama, pemenang AJL 38 ini juga senang melihat perkembangan industri tanah air di mana ramai penyanyi pencipta sendiri hasil karya mereka.

    Saya gembira melihat ramai penyanyi dan penulis lirik yang bertanding. Saya senang tengok ramai artis buat lagu mereka sendiri sekarang.

    Bagaimanapun, Amir berharap mereka tidak melupakan penggiat seni yang berpengalaman dalam menghasilkan karya-karya terbaik suatu masa dahulu.

    Namun, apa-apa pun artis baharu yang buat lagu ini kalau sudah dapat masuk ke AJL jangan memperlekehkan komposer-komposer lama atau mereka yang menulis lirik serta melodi.

    Jangan sisihkan mereka sebagai orang lama.

    Sebab sebenarnya bila kita lagi banyak kolaborasi bersama dengan komposer-komposer luar, mungkin akan ‘meletup’ karya yang dihasilkan.

    AJL40 bakal bersiaran secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu ini dan dipancarkan terus menerusi TV3 bermula jam 9 malam.

    The post AJL 40: Amir Jahari Yakin Dengan Bakat Ryenald Guntabid – ‘Dari Segi Vokal Dia Boleh Makan Calon Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah