Seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara berkongsi mengenai dilema yang dihadapinya untuk memiliki sebuah telefon pintar jenama iPhone.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Isu Guna iPhone Di ABPBH 37 – ‘Sebenarnya Ia Pemberian Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana Terima iPhone 16 Pro Max Daripada Keith Foo Sempena Teater & ABPBH – ‘Awak Buat Saya Menangis’
Nak beli iPhone

Luah individu itu, dia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan membuat keputusan untuk membeli sebuah iPhone baharu.
Katanya, dia membuat keputusan itu selepas mengira terlebih dahulu jumlah perbelanjaan yang diperlukan sepanjang setahun berada di sana.
Individu itu berkata hasrat untuk membeli telefon pintar baharu adalah kerana mahu merakam setiap momen sepanjang berada di luar negara.
Keluarga saya dari kelompok B40 dan saya anak sulung. Saya dapat biasiswa untuk belajar di luar negara dan elaun pun agak banyak.
Salah ke saya nak beli iPhone baru? Saya nak rakam momen ketika berada di sana. IPhone tu saya nak guna lama dan kalau boleh sampai saya bekerja.
Saya dah buat kira-kira memang cukup elaun itu untuk setahun dan akan ada lebihan yang sangat banyak.
Bagaimanapun, hasratnya itu tidak dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapanya kerana mereka menganggap telefon pintar baharu tersebut merupakan satu kehendak dan bukannya keperluan.
Memang harganya mahal tapi tak boleh ke? Saya bukan nak guna duit ibu bapa saya pun. Saya tak sedar diri ke?
Daripada saya tingkatan dua, apa-apa yang saya nak memang selalu kena usaha sendiri. Setiap kali saya dapat keputusan cemerlang atau anugerah tak pernah dapat apa-apa.
Saya letih dengan ayat ‘tunggu kerja dulu’.
Sumber: Threads
The post Anak Sulung B40 Luah Hasrat Mahu Beli Telefon Bimbit Guna Duit Biasiswa – ‘Saya Selalu Kena Usaha Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.





