29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jumpa ‘Kekasih’ Di Rumah Nak Sambut ‘Valentine Day’, Remaja 16 Tahun Mat* Diker*t & May*t Dibuang Dalam Tong Sampah

    Shopee Sale



    Foto: Daily Mail

    Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.

    Jumpa sambut Hari Kekasih

    Foto: Daily Mail

    Memetik laporan Daily Mail, mangsa yang dikenali sebagai Miranda Corsette telah dibunuh dengan kejam dan anggota badannya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

    Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai dilakukan oleh sepasang kekasih dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Steven Gress, 35 dan teman wanitanya, Michelle Brandes, 37.

    Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika mangsa bertemu dengan Gress untuk menyambut Hari Kekasih selepas mereka berkenalan melalui sebuah aplikasi media sosial.

    Selepas daripada menyambut Hari Kekasih bersama, Gress telah menghantar mangsa semula ke rumahnya namun keesokan harinya, remaja itu telah pergi sendiri ke rumah Gress.

    Kedatangan bawa padah, badan dikerat

    Foto: Daily Mail

    Namun siapa sangka, kedatangan kali keduanya itu membawa kepada tragedi ngeri sehingga meragut nyawanya sendiri. Mangsa dipercayai dipukul oleh kekasih Gress kerana mengesyaki remaja itu mencuri cincin milik mereka.

    MENARIK:  ‘Influencer’ Disaran Tunjuk Contoh Yang Baik, Jangan Tampil Dengan Kandungan Berunsur Toksik

    Mangsa dikurung dan didera berulang kali selama tujuh hari di mana mulutnya disumbat dengan sebiji bola biliard sebelum wajahnya dibalut dengan plastik, menyebabkan dia lemas.

    Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, kedua-dua suspek membawa mayat mangsa ke sebuah rumah lain dan mengerat anggota badan mangsa. Selepas itu, mereka membuang mayat dan anggota badan mangsa ke dalam tong sampah.

    Menurut pihak polis, mangsa yang juga merupakan ibu kepada seorang bayi berusia 11 bulan itu dipercayai dibunuh antara 20 Februari dan 24 Februari.

    Susulan daripada penemuan mayat tersebut, kedua-dua suspek telah ditahan polis dan berhadapan dengan tuduhan pembunuhan darjah pertama.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah