Pelakon Mimi Lana meluahkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan pelakon senior, Nadiya Nisaa menerusi filem Polong.
Artikel Berkaitan: Netizen Syak Mimi Lana Beri ‘Hint’ Hamil? Kapsyen ‘Mum & Dad’ Cetus Spekulasi
Artikel Berkaitan: Mimi Lana ‘Uninstall’ Aplikasi Threads, Jaga Kesihatan Mental – ‘Saya Akan Berehat Seketika’
‘Saya adore dengan dia ni’
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengakui sudah lama mengagumi lakonan Nadiya sejak kecil kerana sering menonton drama lakonan aktres itu.
Sebenarnya saya adore sangat dengan dia ni. Waktu saya kecik dia selalu buat saya menangis depan TV!”
Sekarang mungkin dia lebih selective pilih projek.
Dalam masa yang sama, Mimi tidak menafikan bahawa dia berasa sangat gementar ketika pertama kali bertentang mata dengan Nadiya, sehingga hampir hilang kata-kata dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.
Waktu jumpa dia depan-depan saya nervous sangat sampai tak tahu nak cakap apa. Hidung kembang kempis.
Finally dapat share one screen dengan dia dalam Film Polong! I’m so excited!
Namun isteri kepada aktor Syafiq Kyle ini menganggap peluang untuk berkongsi layar yang sama dengan Nadiya sebagai satu pengalaman bermakna buat dirinya.
Filem Polong diarah Zulkarnain Azhar dan diterbitkan Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB), Polong dibarisi pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.
Dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios (PWS), filem ini dijangka menjadi antara filem seram tempatan paling dinanti tahun ini.
Sumber: Threads Mimi Lana
The post ‘Saya Adore Dia, Waktu Kecil Dia Buat Saya Nangis Depan TV’ – Mimi Lana Teruja Berlakon Dengan Nadiya Nisaa Dalam ‘Polong’ first appeared on OHBULAN!.





