
Menceburkan diri dalam perniagaan ‘vending machine’, pelawak dan usahawan, Johan berkongsi pengalaman dan cabaran menguruskan industri tersebut.
‘Vending machine’

Bermula dengan pelbagai rintangan termasuk menerima komen negatif dan ditipu, Johan tetap cekal dan menganggap semua itu sebagai pelajaran berharga.
Memilih perniagaan tersebut kerana banyak kelebihan, Johan juga melihat ini sebagai permulaan untuk lebih banyak inovasi dalam perniagaan ‘vending machine’.
Tak perlukan pekerja, pelanggan boleh beli makanan bila-bila masa dan mesin ini boleh diletakkan di lokasi strategik seperti universiti.
Jadi, kalau mereka lapar, mereka boleh terus beli dan makan tanpa mengira waktu.
Saya boleh meniaga macam-macam dekat vending machine. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh cari saya di Itik Ayam, Taman Melawati.
Saya sedia kongsi ilmu dan tunjuk cara untuk mula bisnes vending machine ini.
Sokongan peminat

Dalam pada itu, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini menyeru peminat dan pelanggan untuk terus memberikan komen dan sokongan terhadap perniagaannya.
Ini (vending machine) produk ‘baby’ saya. Manusia tak lari dari kesilapan. Komen daripada orang ramai mungkin boleh membantu saya menjadi lebih baik. Saya nak produk ini terus maju.
Dengan visi yang jelas dan semangat keusahawanan yang tinggi, Johan kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk meneroka perniagaan ‘vending machine’.





