Hantaran di Instagram milik pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menuai perhatian umum apabila dia berkongsi beberapa komen netizen mengenai anaknya, Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Marissa Dania Muat Naik Video, Kapsyen Di TikTok Raih Perhatian – ‘Jika Kamu Tidak Diperjuangkan…’
Luahan mewakili perasaan

Antara komen yang dipaparkan adalah netizen meminta Marissa untuk memulakan kehidupan baharu dan tidak sepatutnya memilih jalan hidup untuk berpoligami.
Ada juga menasihati Marissa mencari kebahagiaan lain tanpa menagih kasih sayang daripada seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak.
Tidak hanya itu, terdapat juga komen yang berkata, wanita secantik Marissa layak meniti hari-harinya yang jauh lebih indah tanpa memikul gelaran sebagai isteri kedua.
Sementara itu, Abby berkata, komen-komen tersebut seakan mewakili isi hati dan perasaanya sebagai seorang ibu.
Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi cuma bisa bilang biarlah komen-komen ini mewakili.
Imbas kembali, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Mohd Aslam selepas mereka berkahwin di di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Ketika itu, Mohd Aslam sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram
The post Abby Abadi Kongsi Luahan Netizen Minta Marissa Dania Bina Hidup Baru, Tak Patut Berpoligami – ‘Biarlah Komen Ini Mewakili’ first appeared on OHBULAN!.





