Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh deejay kelab malam iaitu DJ Kidd di media sosialnya telah menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Terkilan Bila DJ Kidd Keluarkan Kenyataan Kami Dah Berpisah’ – Emma Maembong
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Bersama Dia’ – Hubungan DJ Kidd & Emma Maembong Sudah Berakhir?
Luahan DJ Kidd
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, DJ Kidd dilihat seolah-olah meluahkan isi hati tentang seseorang yang amat dicintainya.
Meskipun tidak dinyatakan dengan terperinci, namun coretan itu didakwa adalah respon terhadap kenyataan bekas teman wanitanya, iaitu aktres Emma Maembong, berkenaan hubungan mereka.
Jika dunia tahu betapa aku memperjuangkan untuk cinta kita.
Apa sahaja yang membuatkan dia bahagia, ia akan menjadi perkara terbaik yang berlaku kepadaku.
Terdahulu, Emma meluahkan rasa kecewa apabila DJ Kidd bertindak mendedahkan secara terbuka mengenai perpisahan mereka kepada umum.
Sebelum itu, DJ Kidd memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kekasihnya.
Gosip mengenai hubungan mereka mula tersebar selepas tular gambar percutian bersama di luar negara, malah ada juga dakwaan kononnya mereka telah bernikah secara senyap.
Namun, Emma menafikan segala dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa tiada ikatan perkahwinan antara mereka.
Pelakon drama Kerana Cinta Itu Dusta tersebut juga dilihat beberapa kali hadir ke kelab malam untuk memberikan sokongan kepada DJ Kidd.
Sumber: Threads
The post ‘Jika Dunia Tahu Betapa Aku Memperjuangkan Cinta Kita..’ – DJ Kidd first appeared on OHBULAN!.





