30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelajar kejar tiga rakan dengan pisau lepas dibaling ais

    Shopee Sale

    Seorang pelajar sekolah menengah mengejar dua rakannya dengan pisau pemotong kertas berikutan berang selepas dia dipercayai dibaling dengan ais berkali-kali, semalam.

    Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 2.50 petang di sebuah sekolah menengah di daerah berkenaan.

    Katanya ketika kejadian satu program sedang berlangsung di dewan terbuka sekolah terbabit.

    “Siasatan awal mendapati dua pelajar, masing-masing berusia 13 dan 14 tahun, dipercayai membaling ais beberapa kali terhadap suspek yang merupakan pelajar tingkatan satu.

    “Suspek kemudian mengeluarkan pisau pemotong kertas dari dalam bekas pensilnya sebelum mengejar seorang daripada mereka sejauh kira-kira 50 meter hingga ke kawasan surau sekolah.

    “Kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Ahmad berkata dua lagi pelajar lelaki yang berada bersama pelajar berkenaan turut melarikan diri kerana bimbang menjadi sasaran.

    MENARIK:  Kerajaan lulus RM5 juta laksana operasi pembenihan awan di Kelantan

    Katanya seorang guru berjaya memujuk suspek agar melepaskan pisau pemotong kertas tersebut dan ketiga-tiga pelajar yang dikejar kembali ke dewan selepas keadaan terkawal. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    “Keluarga suspek turut dipanggil ke sekolah sebelum membawa pelajar terbabit pulang.

    “Siasatan mendapati kesemua pelajar terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini.

    “Suspek juga dikatakan menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka, dengan sesi rawatan terakhir direkodkan pada 3 Jun lalu. Pihak sekolah juga sedia maklum mengenai keadaan pelajar berkenaan,” katanya.

    Ahmad berkata laporan polis dibuat guru sekolah berkenaan di sebuah balai polis pada malam tadi dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah