34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Remy Ishak Jelaskan Hantaran Suami Bersama Wanita AI Hanya Gurauan – ‘Jangan Ambil Hati’

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelakon, Datuk Remy Ishak, iaitu Ezza Yusof berharap orang ramai tidak mengambil hati dengan hantaran terbaharu suaminya yang menampilkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).

    Artikel Berkaitan: Dituduh Tak Hormat Isteri Gara-Gara Kongsi Gambar Bersama Wanita AI, Remy Ishak Jawab – ‘Pergi Jaga Suami Awak’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak & Tuah Alam Seronok Pertama Kali Naik MRT

    Hanya bergurau

    Menerusi perkongsian di Threads, Ezza berkata itu hanyalah cara mereka bergurau sesama suami isteri.

    Kata Ezza, dia turut berharap orang ramai tidak tersinggung atau mengambil hati memandangkan ia hanyalah sekadar senda mereka.

    Kami bergurau memang macam ini, jangan ambil hati ya.

    Dalam hantaran yang sama, Ezza memuat naik tangkap layar memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita itu kepadanya.

    MENARIK:  Aina Abdul Dedah Kisah Disebalik Busana ‘Broken Heart’, Netizen Komen ‘Kalau Separuh Akhir Macam Ni, AJL Pula Macam Mana?’

    Sudah terbiasa dengan cara Remy, Ezza berseloroh menyifatkan tindakannya itu sebagai ‘gila’.

    Remy turut menyatakan dia mahu memuat naik gambar tersebut di media sosial kerana merasa terhibur.

    Sebelum ini, aktor itu dituduh tidak menghormati isteri kerana memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama wanita hasil ciptaan AI.

    Sumber: Threads

    The post Isteri Remy Ishak Jelaskan Hantaran Suami Bersama Wanita AI Hanya Gurauan – ‘Jangan Ambil Hati’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah