Tercatat sebagai pencapaian tertinggi dalam karier seninya, komposer dan penyanyi Yonnyboii masih terasa bermimpi dapat bekerjasama dengan penerbit muzik ikonik, Malique.
Artikel Berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’
Kerjasama dengan Malique

Menerusi buah tangan terbaharunya berjudul ‘Tanya Tuhan’, cita-cita besar yang dipendam selama ini akhirnya jadi kenyataan untuk Yonnyboii.
Lebih manis, lirik ‘Tanya Tuhan’ ditulis atas gabungan idea mereka berdua untuk lagu yang dicipta bersama LastKhalif yang juga bertindak sebagai penerbit keseluruhan projek terbabit.
Ada hal tak terduga seperti dapat berjumpa dan bekerja dengan insan-insan yang hebat belaka. Saya sangat berbangga, rasa kerdil terhadap segala pengalaman saya raih itu.
Ini satu daripada pencapaian peribadi tertinggi saya dapat bekerja dengan seseorang yang sangat hebat. Terima kasih pengurusan jadikan cita-cita saya jadi realiti dan perhebatkan lagi idea saya.
Memang saya tak sangka dapat bekerjasama dengan Malique. Dia adalah satu daripada impian dalam senarai wajib capai saya. Memang gila, saya pun tak hadam lagi ada lagu bersamanya.
Tambah Yonnyboii, keseluruhan pengalaman itu sendiri satu perjalanan yang indah untuknya pahat dalam hati. Justeru, besar harapan lagu ‘Tanya Tuhan’ mampu menjadi karya agung dan ikonik.
Saya harap pendengar dapat fahami dan dalami apa yang saya rasakan. Semoga sampai dan mampu berkaitlah kisah saya ini dalam hidup mereka, terus jadi kuat sepanjang perjalanan.
Seperti identiti lagu-lagu terdahulunya, Yonnyboii terinspirasi menulisnya daripada kisah sebenar dirinya. Idea itu terbit di saat dirinya terjerat dalam rasa keraguan mengenai persoalan tanpa jawapan.
Mesej besar yang ingin sampaikan adalah momen di mana dia berefleksi dengan diri saya. Dia inginkan sesuatu namun buntu ingin bertanya kepada siapa lagi demi mencari jawapan.
Sewaktu menulis lagu ini, bukanlah nak kata saya tengah susah atau apa. Cuma ketika itu, saya menjauh daripada diri dan sangat emosional. Banyak pergelutan dalam hidup saya baik sebagai pemuzik dan bapa.
Itulah, kadang-kadang kita penat, ‘burnout’. Jadi, kita tak tahu nak tanya siapa lagi. Bukanlah nak cakap semua hal berdepan kesulitan sekarang. Cuma, saya tak tahu hendak mengadu pada siapa.
The post Impian Yonnyboii Bekerja Dengan Malique Tercapai, ‘Tanya Tuhan’ Jadi Taruhan first appeared on OHBULAN!.





