27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shah Iskandar Syukur Layak Mohon Taraf Penduduk Tetap Di Malaysia – ‘Selepas 10 Tahun Tanpa Guna Kabel’

    Shopee Sale



    Pelakon Shah Iskandar menarik nafas lega apabila hasratnya untuk mendapatkan taraf Pemastautin Tetap atau Permanent Residence (PR) di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

    Shah Iskandar mohon taraf PR

    Ketika ditemui , Shah Iskandar atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 42, berkata sudah lama menyimpan hasrat tersebut namun akui proses permohonan itu makan masa yang agak lama kerana perlu melalui banyak prosedur.

    Selepas 10 tahun, tanpa menggunakan kabel atau apa-apa bantuan akhirnya tahun depan saya dah boleh mohon taraf PR mengikut prosedur yang sah.

    InsyaAllah, saya harap permohonan itu lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun.

    Dalam pada itu, pelakon drama Polis Peronda itu berkata dia kini ulang alik dari negara kelahirannya, Singapura ke Malaysia dengan menggunakan pas residen.

    Awal-awal dulu saya nak keluar masuk Malaysia terpaksa melalui proses cop pasport dan sebagainya. Tapi sekarang ini saya pemegang status ‘Resident Pass‘ atau RP, dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun.

    Dalam perkembangan lain, Shah bakal membintangi sebuah drama bersiri berjudul Polis Peronda terbitan Skop Production yang bakal bersiaran di TV3 bermula 28 Jun depan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Pesan Orang Ramai Tak Perlu Jadi Hakim Isu Siti Jamumall – ‘Yang Jatuhkan Talak Sah Atau Tidak Itu Kerja Mahkamah’

    Selain Shah, drama tersebut turut dibintangi pelakon Puteri Sarah, Soffwany Yusoff, Ali Reza, Raja Afiq dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah