Ibu kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Maslinda Yusoff memaklumkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Vlog’ Zahirah Macwilson Raih Perhatian, Netizen Tegur Isu Qada Zohor – ‘Sengaja Tinggal Solat, Masih Berdosa’
‘Saya akan istiqamah’

Menerusi hantaran di Instagram, Maslinda meluahkan rasa syukur selain berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan terhadap perubahan yang dilakukannya itu.
Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi semangat, menggalakan dan mendoakan saya.
Haslinda juga memohon orang ramai mendoakan dirinya agar terus istiqamah dengan penampilan baharunya.
Insya-Allah saya akan terus beristiqamah ke jalan Allah. Sesungguhnya semua yang baik dari-Nya.
Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata pengikut memuji imej Haslinda yang dilihat lebih berseri sejak tampil berhijab.
Terdahulu, penampilan Maslinda yang kini mengenakan hijab turut mencuri perhatian apabila ramai yang menyedari perubahan tersebut menerusi beberapa hantaran terkininya.
Sumber: Instagram
The post Ibu Zahirah Macwilson Sudah Berhijab – ‘Saya Akan Terus Istiqamah Ke Jalan Allah’ first appeared on OHBULAN!.





