Seorang individu meluahkan rasa berang apabila anaknya sering disusukan kakak ipar tanpa pengetahuannya.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Syukur Perkongsian ‘Breastfeed’ Beri Semangat Kepada Golongan Ibu
Artikel Berkaitan: Viral Baju Melayu ‘Breastfeed’ Untuk Golongan Bapa, Ini Respon Erry Putra
‘Breastfeed’ anak orang

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu memaklumkan bahawa dirinya mengalami bengkak susu.
Ujarnya, kakak ipar sering mengambil peluang untuk menyusukan anaknya walaupun memiliki anak sendiri.
Saya tak tahu kenapa kakak ipar nak sangat susukan anak saya.
Padahal dia pun ada anak juga. Dia selalu cari peluang nak sumbat dekat anak saya.
Saya tak kisah kalau nak jadikan anak susuan. Tapi kenapa sikit-sikit nak susukan anak saya.
Saya ada susu dan dah jadi bengkak susu. Selama ini dia tak minta kebenaran pun.
Ibu mentua & suami galakkan

Sekadar gambar hiasan
Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit berkata, ibu mentuanya turut menggalakkan perkara itu terjadi tanpa rasa bersalah.
Tambahnya lagi, suami juga tidak membela dirinya dan membiarkan perkara itu terjadi.
Setiap kali anak saya nangis, ibu mentua cakap susu saya tak sedap.
Ibu mentua suruh kakak ipar saya yang susukan anak saya.
Suami saya pun tak bela saya dan anak.
Saya gaduh teruk dengan suami dan mentua.
Sumber: Threads @maggimeeka
The post Ibu Alami Bengkak Susu, Berang Kakak Ipar Suka ‘Breastfeed’ Anak Orang – ‘Selalu Cari Peluang Nak Sumbat’ first appeared on OHBULAN!.





