28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hukum Saman Fitnah Dalam Era Digital: Menjaga Maruah & Menegakkan Keadilan Menurut Islam

    Shopee Sale

    Dalam era digital masa kini, saman fitnah bukan lagi sesuatu yang asing kerana fitnah tidak lagi tersebar secara berperingkat dari mulut ke mulut, sebaliknya merebak dengan pantas melalui media sosial.

    Artikel Berkaitan: Aurat Pesakit Wanita Dalam Rawatan & Keadaan Darurat: ‘Jika Doktor Menolak Sehingga Membahayakan Nyawa Boleh Dianggap Berdosa’

    Artikel Berkaitan: ‘Troll’ & Sebar Aib Di Media Sosial, Ini Hukumnya!

    Jatuhkan reputasi

    Tuduhan atau dakwaan palsu yang tular dalam sekelip mata mampu menghancurkan reputasi, maruah dan kehidupan seseorang tanpa memberi ruang untuk mempertahankan diri.

    Seiring peningkatan kesedaran terhadap hak serta maruah diri, tindakan undang-undang semakin kerap dijadikan jalan terakhir bagi menuntut keadilan.

    Di Malaysia, perlindungan terhadap mangsa fitnah diperuntukkan melalui Akta Fitnah 1957, yang membolehkan pihak yang terjejas menuntut pampasan atas kerosakan nama baik dan reputasi mereka.

    Dari perspektif Islam pula, isu saman fitnah berkait rapat dengan konsep ‘mudarat maknawi’, iaitu kerosakan yang bukan bersifat fizikal tetapi memberi impak besar terhadap kehormatan dan maruah seseorang.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pandangan ulama berbeza, ulama berpendapat kerosakan maknawi sukar diukur dan tidak boleh diganti.

    Manakala ulama kontemporari seperti Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa pampasan bagi kerugian maknawi dibenarkan.

    MENARIK:  ‘Impian Saya Nak Jual Seluar Dalam Jenama Sendiri, Tapi Takut Dikecam’ – Elizabeth Tan

    Prinsip ini berasaskan keadilan Islam, yang menolak sebarang bentuk kezaliman dan menggalakkan usaha memulihkan kemudaratan yang dialami mangsa.

    Hukuman ta’zir

    Selain itu, hakim juga berkuasa menjatuhkan hukuman ta‘zir atau denda bagi memastikan keadilan ditegakkan serta mengingatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam percakapan.

    Hal ini kerana fitnah pada masa kini boleh tersebar dengan meluas melalui media digital, sehingga menjejaskan kerjaya, institusi keluarga, dan kehormatan peribadi.

    Oleh itu, saman fitnah merupakan sebuah mekanisme yang dibenarkan syarak bagi mempertahankan hak, menegakkan keadilan, serta mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab.

    Pendekatan ini selari dengan maqasid syariah, khususnya dalam usaha memelihara maruah serta mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

    Justeru, setiap individu dituntut untuk berhati-hati dalam setiap perkataan dan perkongsian, sama ada di dunia nyata atau di alam maya.

    Sebagaimana diingatkan oleh Allah S.W.T. dalam Surah al-Isra’ ayat ke-36, bahawa pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.

    Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

    Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.

    Sumber: Kashoorga, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Hukum Saman Fitnah Dalam Era Digital: Menjaga Maruah & Menegakkan Keadilan Menurut Islam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah