26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hanya RM300 Mas Kahwin & Al-Quran Sebagai Hantaran, Itu Saja Permintaan Ardell Untuk Saya Halalkan’ – Nadzmi Adhwa

    Shopee Sale

    Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Nadzmi Adhwa berkongsi tentang keperibadian isteri tercinta, Ardell Aryana.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Kali Ini Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Kami Tunggu Awak Balik’ – Nadzmi Adhwa

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’

    Isteri yang baik 

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi, 33, berkongsi tentang pemberian mas kahwin dan hantaran yang diminta oleh Ardell. 

    Permintaan yang disifatkan sederhana itu telah membuatkan Nadzmi berasa sebak dan bersyukur dikurniakan Allah SWT seorang isteri yang tidak terlalu mementingkan kemewahan di dunia.

    Hanya mas kahwin RM300 sebab di Selangor dan senaskah Al Quran sebagai hantaran nikah kita, untuk miliki awak tujuh tahun lalu. Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. 

    Tiba-tiba nak subuh ni, sayu sekejap teringat. 

    Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia.

    Dalam masa sama, Nadzmi turut berharap agar perjuangan Ardell membantu saudara Islam di Palestin dipermudahkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

    Terima kasih Allah atas kurniaan mu. Semoga Allah redha atas niat awak dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana.

    Selamat pergi dan kembali pada saya dan anak-anak ya.

    Terdahulu, Nadzmi berkongsi momen mengiringi Ardell di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0.

    MENARIK:  Cik Epal Nak Buat Kolaborasi Lagu Dengan Aepul Roza, Kapsyen ‘Aku Tak Ada Betulkan Mana-Mana Rambut Lelaki Di Milan’ Jadi Tumpuan!

    Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, PU Rahmat, PU Amin, Imam Asyraf dan Haroqs.

    Sumber: Threads 

    The post ‘Hanya RM300 Mas Kahwin & Al-Quran Sebagai Hantaran, Itu Saja Permintaan Ardell Untuk Saya Halalkan’ – Nadzmi Adhwa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah