29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watie Hanifiah Sangkal Dakwaan Kenal Shuib Sebelum Pemergian Arwah Siti Sarah – ‘Tak Pernah Kenal Satu Sama Lain’

    Shopee Sale

    Tidak lagi berdiam diri, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tampil mempertahankan diri dengan menafikan dakwaan bahawa dia sudah lama mengenali suaminya sejak Allahyarham Siti Sarah Raissuddin masih hidup.

    Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Rasa Ini Wujud Selepas Kita Melahirkan? Susah Nak Diungkap..’ – Watie Hanifiah 

    Artikel Berkaitan: ‘Semoga Akira Menjadi Pengikat Kasih Antara Mummy, Daddy, Kakak & Abang-Abang’ – Watie Hanifiah

    Nafi

    View this post on Instagram

    A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

    Menurut Watie, selepas mengambil masa selama dua hari untuk berfikir dan memohon petunjuk daripada Allah SWT mengikut ajaran Islam, dia akhirnya memilih untuk tampil menjelaskan salah faham yang timbul.

    Katanya, tindakan mempertahankan diri itu bukanlah demi kepentingan dirinya sendiri, sebaliknya lebih kepada melindungi anak-anaknya serta menjaga nama baik arwah Siti Sarah.

    Saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain dari sejak arwah masih hidup..

    Suami saya juga tidak pernah mengenali Addy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yang sama.

    Dalam pada itu, Watie turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Datuk Addy Kana, berhubung hubungannya dengan Shuib.

    Watie menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Addy Kana, malah mereka juga tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

    Dan selepas saya mengenali suami yang bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana adakah dia mengenali suami saya secara peribadi dan dari mulutnya sendiri dia mengatakan tidak pernah mengenali dan ada apa-apa hubungan perniagaan dengan suami saya.

    Menjelaskan hubungannya dengan Shuib, Watie berkata, hanya Allah SWT yang mengetahui sebab dia dipilih untuk menjadi pasangan hidup suaminya selepas pemergian arwah Siti Sarah.

    Dengan memberi bukti ini bukan bermakna menunjukkan saya orang yang lebih baik atau suci tetapi saya mengharapkan semoga selepas ini segalanya akan terhenti di sini.

    Dan bukan bermakna Allah jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan bersama teman saya demi ‘sebuah rumahtangga’ itu menjadi asbab unruk saham saya di akhirat.

    Terdahulu, tular di media sosial sebuah klip lama yang memaparkan Watie bermain golf dengan suara yang didakwa milik Shuib, sekali gus mencetuskan dakwaan bahawa mereka sudah lama berkenalan sejak arwah Siti Sarah masih hidup.

    MENARIK:  Sentuhan Mandarin & Rap Moden, Diana Danielle & Francis Roman Tanya ‘Raya Macam Mana?’

    Sumber: Instagram

    The post Watie Hanifiah Sangkal Dakwaan Kenal Shuib Sebelum Pemergian Arwah Siti Sarah – ‘Tak Pernah Kenal Satu Sama Lain’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah