28.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Dedah Ibu Jadi ‘Penyelamat’ Daripada Terus Terperangkap Dalam Watak Puteri Gunung Ledang

    Shopee Sale

    Watak Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah melekat dalam diri sehingga terbawa-bawa ke kehidupan seharian, pelakon, Aisha Retno berkongsi ibunya, Jean Retno Aryani banyak membantu dirinya kembali menjadi diri sendiri.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Tak Berdiam Diri, Jawab Persoalan Netizen Kerap Nyanyi Lagu Jodoh Lebaran

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Enggan Layan Kritikan, Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial – ‘Saya Mahu Cari Semula Diri’

    Terbawa tidur

    Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, 26, mengakui watak yang digalasnya tidak mudah untuk dilepaskan sehingga adakalanya dia terlupa bagaimana untuk kembali menjadi dirinya sendiri.

    Aisha turut berkongsi satu kejadian yang berlaku baru-baru ini apabila dia ditegur kerana dilihat seperti sedang menari, sedangkan dia sendiri tidak menyedari sebarang pergerakan dan menyangka dirinya hanya duduk seperti biasa.

    Saya rasa ini merupakan watak pertama yang agak berat untuk saya galas, sampai kadang-kadang terbawa-bawa hingga ke dalam tidur.

    Memang nampak ayat tu saya main sebut je tapi saya kena belajar dan selami juga apa maksud di sebalik ayat itu memandangkan perlu merasai pelbagai emosi.

    Bagi saya, proses transisi itu hanya dapat dibantu oleh orang-orang di sekeliling yang sudah mengenali diri saya.

    Mereka akan menegur dan mengingatkan saya untuk kembali menjadi diri saya yang sebenar dan pastinya ibu saya yang selalu ingatkan selepas pulang daripada latihan.

    Yang paling penting bagi yang beragama Islam adalah solat kerana ia juga membantu.

    Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) 2026 di Damansara pada petang Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] Bekpes Panas Akan Disiarkan Langsung Dalam ETS KL Sentral Ke Padang Besar pada 8 Mac Ini

    Berkongsi mengenai watak tersebut, Aisha mendedahkan dia bukan sahaja menjalani diet, malah turut mengamalkan puasa mutih yang hanya membenarkan pengambilan makanan berwarna putih seperti nasi.

    Menurutnya, puasa tersebut bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan jiwa, malah turut memberi manfaat kepada kesihatan.

    ‘Ritual’ bagi seorang Aisha Retno lebih kepada diet dan tidur yang cukup. Tiada sangat pantang larangnya, tetapi saya ada buat puasa mutih di mana bagi orang Jawa ia dilakukan untuk mendapatkan aura dan sebagainya.

    Sebenarnya, ada banyak lagi yang saya telusuri, tetapi salah satunya ialah puasa mutih itu. Secara saintifiknya, ia membantu proses detoks dan membersihkan jiwa.

    Puasa itu bukan sahaja dipraktikkan untuk menggalas watak ini tetapi sesiapa yang berdarah Jawa, yang ingin melangsungkan perkahwinan atau acara-acara besar, puasa mutih adalah salah satu amalan yang sangat bagus untuk kesihatan juga.

    The post Aisha Retno Dedah Ibu Jadi ‘Penyelamat’ Daripada Terus Terperangkap Dalam Watak Puteri Gunung Ledang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah