27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Zulkifli Perjelas Sebab Terbalikkan Tangan Ketika Berdoa Di Majlis Nikah Syed Saddiq & Bella Astillah

    Shopee Sale

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan tindakannya menterbalikkan tangan ketika membaca doa dalam majlis pernikahan pasangan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah semalam.

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Titip Doa Tersentuh Lihat Aksi Kanak-Kanak Guna Straw Jadi Mikrofon, Berlakon Imam

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Kongsi Dua Doa Yang Kerap Dibaca Nabi Muhammad SAW

    Terbalikkan tangan

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Dr Zulkifli menjelaskan tindakan menterbalikkan tangan itu dilakukan ketika dia membaca doa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit.

    Perbuatan tersebut mempunyai sandaran daripada sunnah Rasulullah ﷺ, khususnya ketika Baginda memohon hujan.

    Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata:

    أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ

    Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi ﷺ memohon hujan, lalu Baginda mengisyaratkan ke arah langit dengan belakang kedua-dua tapak tangannya.”

    (Hadis riwayat Muslim, no. 895). 

    Menurut Dr Zulkifli, hadis tersebut menjadi sandaran ulama dalam membincangkan keadaan tertentu ketika berdoa dengan membalikkan tangan, khususnya bagi memohon agar kesusahan diangkat dan keadaan yang buruk diubah dengan rahmat Allah SWT.

    Imam al-Nawawi رحمه الله menjelaskan dalam Syarh Sahih Muslim: 

    قال جماعة من أصحابنا وغيرهم: السنة في كل دعاء لرفع بلاء كالقحط ونحوه أن يرفع يديه ويجعل ظهر كفيه إلى السماء

    Maksudnya: “Sebahagian ulama dalam kalangan kami dan selain mereka berpendapat bahawa sunat bagi doa untuk mengangkat bala seperti kemarau dan seumpamanya, seseorang mengangkat kedua-dua tangannya dengan bahagian belakang tapak tangannya menghadap ke langit.” 

    Terdahulu, tindakan segelintir tetamu yang hadir pada majlis pernikahan Saddiq dan Bella menterbalikkan tangan ketika beberapa bahagian doa dibacakan tular di media sosial.

    MENARIK:  ‘Bila Dah Kahwin, Kita Je Kenal Suami Luar Dalam’ – Syifa Melvin Rindu Safawi Rasid, Titip Doa Dari Jauh

    Perbuatan itu mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan netizen dengan segelintir daripada mereka turut berkongsi penjelasan berdasarkan pengetahuan masing-masing.

    Sumber: Threads

    The post Dr Zulkifli Perjelas Sebab Terbalikkan Tangan Ketika Berdoa Di Majlis Nikah Syed Saddiq & Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah