Jurugambar bagi majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Budak Tadika memohon kerjasama orang ramai agar tidak menyebarkan pautan gambar yang memaparkan momen sepanjang majlis berkenaan.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri
Artikel Berkaitan: Segunung Emas, Sambung Pengajian & Pakej Umrah Antara Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah
Gambar tersebar
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Budak Tadika mengakui perkara itu berlaku di luar kawalannya dan berharap orang ramai dapat menghormati permintaan tersebut.
Tak perlu salahkan mana-mana pihak. Semua di luar kawalan dan saya tiada niat untuk salahkan sesiapa.
Mohon hormat privasi Bella, Saddiq, keluarga dan tetamu mereka semua.
Dalam masa yang sama, Budak Tadika memaklumkan telah mengambil langkah mengehadkan akses kepada pautan berkenaan.
Mohon jasa baik pada semua yang dapat QR scan atau akses pautan pada photo majlis pernikahan Saddiq dan Bella untuk tidak sebarkan lagi pautan dan QR tersebut.
Kami juga sudah mengehadkan pautan tersebut.
Malah, Budak Tadika turut meminta orang ramai agar tidak lagi menghubunginya untuk mendapatkan kata laluan pautan tersebut.
Kalau boleh, janganlah dm saya untuk tanya password. Nak tanya pakej boleh lah.
Terdahulu, media sosial kecoh apabila pautan yang mengandungi gambar majlis pernikahan Saddiq dan Bella tersebar luas dan boleh diakses orang ramai.
Sumber: Threads
The post Jurugambar Mohon Orang Ramai Tidak Sebarkan ‘Link’ Gambar Pernikahan Syed Saddiq, Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.





