29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Apa Yang Saya Mahu Dapat Tapi Tiada Sosok Lelaki Dalam Hidup’ – Azeva

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Azeva mengakui kehidupan yang dilaluinya mungkin dilihat sempurna di mata orang ramai, namun tidak ramai mengetahui keperitan yang dilaluinya ketika zaman kanak-kanak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azeva Mohon Maaf Penampilan Mencolok Mata Dalam Bisikan Nafsu – ‘Saya Mengaku Seksi’

    Artikel Berkaitan: Daripada Tak Mahu Menyanyi Sampai Ada Single Sendiri, Azeva Masih Belajar Cari Suara

    Sosok seorang lelaki

    View on Threads

    Berkongsi kisah hidupnya menerusi temu bual bersama Syok Official, Azeva, 25, berkata dia sering melakukan pelbagai perkara sendirian pada waktu kecil.

    Bercerita lanjut, Azeva berkata bagaimanapun ketika melangkah ke alam sekolah menengah, dia mula menyedari bahawa setiap orang mempunyai kehidupan yang berbeza.

    Saya suka bandingkan, jadi saya selalu tengok kawan-kawan saya ibu bapa mereka sentiasa ada. Saya fikir kenapa saya seorang diri sahaja?

    Tapi selepas memasuki sekolah menengah, saya faham tidak semua orang hidupnya sama.

    Mungkin orang tengok hidup saya ni senang, apa yang saya mahu dapat tapi mereka tidak nampak saya kena seorang diri, tempat luahan tiada dan tiada sosok lelaki dalam hidup.

    Saya diam sahaja bila orang kata saya seperti itu.

    Ketika ditanya bilakah dia mula merasakan kehadiran sosok seorang ayah dalam dirinya, Azeva berkata perasaan itu mula timbul ketika dia melangkah ke industri seni menerusi program Talk To My Manager.

    MENARIK:  Konsert Solo Amy Search Penuh Magis, Momen Langkah Pagar ‘Sing Along’ Bersama Peminat Segar Di Ingatan

    Menurut Azeva, hubungannya dengan bapanya, Ameng, yang juga seorang penyanyi, semakin akrab sejak menyertai program tersebut.

    Ayah yang saya rasa betul-betul kembali ketika program Talk To My Manager, baru dia betul-betul ‘ada’.

    Kalau tidak selama ini, dia seperti ada tetapi tiada. Kami berhubung sahaja tetapi selalunya seperti tiga bulan sekali.

    Selepas program itu, dia setiap hari tanya perkembangan saya. Ketika itu, saya baru rasa seperti ada seorang bapa selepas 25 tahun.

    Untuk rekod, Ameng dan penerbit Datuk A. Aida pernah mendirikan rumah tangga pada 1994, bagaimanapun bercerai pada 2003.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 30, dan Azeva. 

    Sumber: Threads

    The post ‘Apa Yang Saya Mahu Dapat Tapi Tiada Sosok Lelaki Dalam Hidup’ – Azeva first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah