Anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim hanya memberikan respon ringkas terhadap dakwaan masih bergantung hidup kepada ibu bapanya termasuk mereka menanggung perbelanjaan majlis perkahwinannya.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Seorang Di Rumah, Nak Patah Balik Dari Semalam’ – Kakak Umisya Mazlan Gesa Danish Hakim Periksa Keadaan Marissa Dania
Artikel Berkaitan: ‘Doa Mama Power’ – Hantaran Danish Hakim Selepas Marissa Dania Nekad Bercerai Dengan Aslam
Tak perlu dijelaskan
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Danish tidak merasakan dirinya perlu menjelaskan perkara itu kepada orang ramai.
Bahkan, dia mempersoalkan sikap segelintir netizen yang cepat menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar.
Saya tidak berhutang (penjelasan) kepada sesiapa pun.
Kenapa kalian semua beranggapan saya sentiasa bergantung kepada ibu bapa saya?
Danish berkata demikian selepas dirinya dikritik segelintir individu yang berpendapat dia sepatutnya mencari duit sendiri untuk menampung kos perkahwinannya.
Terdahulu, Abby secara terbuka berharap agar bekas suaminya, Norman Hakim dapat menghulurkan bantuan dengan ikhlas bagi persiapan majlis perkahwinan Danish.
Abby berkata bantuan yang diharapkan bukan sekadar penajaan kecil seperti pakaian sebaliknya penglibatan penuh dalam menguruskan kos serta persiapan majlis secara menyeluruh.
Sumber: Threads
The post Danish Hakim Respon Ringkas Dakwaan Masih Ditanggung Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.





