25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FDAM Harap Dapat Lahirkan Bakat Yang Mampu Harumkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

    Shopee Sale



    Foto: Kosmo

    Dato’ Afdlin Shauki selaku Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), menyambut baik pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI, menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

    Sambut baik usaha kerajaan

    Menurut Dato’ Afdlin Shauki, inisiatif ini seiring dengan matlamat FDAM untuk memperkasa generasi muda dalam industri kreatif tanah air, terutamanya dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.

    Usaha ini juga adalah satu langkah penting dalam memastikan penglibatan generasi baru dalam bidang seni dan seterusnya mencipta karya yang berkualiti.

    Sebagai Pengerusi FDAM, saya amat berbangga dengan usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada generasi belia melalui program Belia Kreatif MADANI. Ini bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk menceburi bidang seni tetapi juga memperkukuhkan lagi industri kreatif Malaysia.

    FDAM sentiasa menyokong inisiatif seperti ini kerana ia seiring dengan misi kami untuk membangunkan bakat-bakat baharu serta menyediakan platform yang kukuh bagi mereka berkembang.

    Program Belia Kreatif MADANI ini juga membuka peluang kepada golongan belia dalam memperkasa kemahiran mereka dalam dunia kreatif

    Kami berharap dengan sokongan kerajaan ini, FDAM dan industri filem dapat melahirkan lebih banyak bakat yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

    Ini juga memberi peluang kepada kami untuk terus menyediakan latihan dan bimbingan, selaras dengan visi kami. Tambahan lagi FDAM baharu selesai menjayakan Bengkel Inkubator Pengarah Amatur FDAM 2024 pada 12-18 Oktober lalu.

    Dato’ Afdlin Shauki juga mengajak semua penggiat seni serta anak muda yang mempunyai minat dalam bidang seni untuk merebut peluang ini dan menyertai program-program yang akan dianjurkan oleh FDAM dalam masa terdekat.

    MENARIK:  Imran Aqil & Dahlia Rizal Beraya Bersama Sebagai Pasangan Suami Isteri Tanpa Perbalahan untuk Pulang ke Kampung

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah