Identiti dua wanita anggun yang mencuri perhatian di majlis pernikahan penyanyi, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya diketahui ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sangka Dia Pergi…’ – Tun Dr Mahathir
Artikel Berkaitan: Video Tun Mahathir Kongsi Tips Rumah Tangga Kembali Tular – ‘Kita Kena Toleransi..’
Misteri
View on Threads
Di sebalik kemeriahan majlis pasangan merpati dua sejoli pagi tadi, penampilan dua wanita anggun itu turut mengundang perhatian ramai sekali gus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.
Di media sosial terutamanya di Threads, segelintir netizen berkongsi tangkap layar yang memaparkan dua wanita tersebut kerana kecantikannya yang dianggap luar biasa.
Bukan sahaja menjadi perhatian netizen, kedua-dua wanita itu turut menjadi pilihan jurukamera apabila wajah mereka kerap dirakam dan dipaparkan sepanjang majlis berlangsung.
Difahamkan, dua wanita yang berjaya mencuri perhatian itu ialah Marisa Hasmah dan Masira Yasmin, adik-beradik yang juga merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka berdua juga merupakan anak perempuan kepada ahli perniagaan Tan Sri Mokhzani Mahathir dan isterinya, Puan Sri Mastisa Mohamed.
Komen netizen


The post Kecantikan Luar Biasa, Dua Wanita Tular Di Majlis Nikah Bella Astillah & Syed Saddiq Adalah Cucu Tun Mahathir first appeared on OHBULAN!.





