29.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dulang Boys Syed Saddiq Jelaskan Hantaran Kerusi Urut, Bukan Sekadar Replika – ‘Satu Malaysia Terhibur’

    Shopee Sale

    Salah seorang ‘dulang boys’ pada majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Shairy mencuit hati ramai apabila membawa hantaran sebuah kerusi urut yang sebenar dan bukannya replika.

    Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

    Artikel Berkaitan: Segunung Emas, Sambung Pengajian & Pakej Umrah Antara Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah

    ‘Dulang boys’

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Shairy berkongsi kisah bagaimana dirinya terpilih untuk membawa hantaran itu.

    Menurut Shairy, pada awalnya dia tidak terlibat dalam majlis tersebut sebagai ‘dulang boys’ namun, atas sebab-sebab tertentu, dia akhirnya turut serta dalam majlis berkenaan.

    Asalnya saya bukan dalam senarai dulang boys pun dan tak terlibat dalam susuan nikah di Menara 118 ini.

    Tiba-tiba pukul 11.25 lewat malam semalam, saya terima panggilan daripada Amira Aisya, ‘Shairy esok boleh tolong team dulang boys tak? Perlukan tambahan untuk tolak kerusi urut. Nanti saya gambar kerusi tu,’.

    Masa terima gambar kat whatsapp, saya dah tergelak sendiri. Apa gilalah Saddiq ni.

    Jelas Shairy, Saddiq tidak mahu menggunakan replika, sebaliknya mahukan kerusi urut sebenar dijadikan hantaran.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Pangkat & Kemasyuran Takkan Kekal Lama’ – Fattah Amin

    Pun begitu, Shairy berkata dia tidak keberatan memenuhi permintaan sahabatnya itu demi menjayakan majlis berkenaan.

    Saddiq tak nak guna mock model atau gambar, dia nak tunjuk the real one!

    Tapi, saya yang memang sentiasa dalam mod bersedia dan bersetuju untuk bantu. Lebih-lebih lagi untuk tolong Amira dalam melancarkan urusan majlis Saddiq dan Bella ni.

    Perkara paling debar dalam hati tadi, ‘janganlah aku tersangkut kat tengah-tengah laluan tu nanti. Tengah live ni, malu woo,’.

    Alhamdulillah semuanya lancar dan satu Malaysia terhibur dan gelak.

    Semasa majlis tersebut, Shairy menjadi bualan ramai di media sosial apabila dilihat membawa kerusi urut sebenar sebagai hantaran.

    Gelagatnya itu mencetuskan pelbagai reaksi malah ada yang berseloroh bahawa mereka akan mengelak daripada membawa hantaran sedemikian sekiranya terpilih menjadi ‘dulang boys’.

    Sumber: Threads

    The post Dulang Boys Syed Saddiq Jelaskan Hantaran Kerusi Urut, Bukan Sekadar Replika – ‘Satu Malaysia Terhibur’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah