34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Haliza Maysuri Perjelas Dakwaan Suka Menunjuk Harta Di Media Sosial – ‘Jangan Mudah Bersangka Buruk’

    Shopee Sale

    Usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri tampil menjelaskan mengenai tujuan dirinya aktif berkongsi kehidupan di media sosial selepas didakwa gemar menunjuk kemewahan secara umum.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’

    MENARIK:  TVET & STEM Sedang Bentuk Masa Depan Malaysia? Ini Peranan NIMP 2030

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Berniaga Dengar Cakap Orang Susah Nak Maju’ – Haliza Maysuri

    ‘Jangan mudah menuduh orang’

    " data-video-id="7683351947058875655" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @halizamaysuri

    Replying to @eraismail603 Saya bermain media sosial bukan untuk menunjuk-nunjuk harta. Saya orang berniaga, dan di atas kepala saya sentiasa ada produk yang sedang saya jual. Saya tak suka buat video dalam studio, posing sana sini sambil berkata, “Siapa nak beli tudung, tekan beg kuning.” Bukan itu cara saya. Saya lebih suka mempromosikan tudung secara organik dan natural melalui kehidupan seharian. Apa sahaja content yang saya buat makan di restoran, memasak, menghadiri majlis ataupun mengambil kereta baru sebenarnya pada masa yang sama saya sedang mempromosikan tudung yg saya pakai. Itulah cara saya berniaga. Kalau setiap hari saya hanya berdiri di studio, posing dan tunjuk produk, mesti ramai yang akan terus skip, kan? Sebab itu kita hasilkan content yang org suka tengok, tetapi dalam masa yang sama produk tetap dipamerkan. Jadi, jangan mudah bersangka buruk dan menuduh orang menunjuk-nunjuk. Kalau tak suka tengok boleh skip. Jangan nak mengambil alih kerja malaikat dg menilai niat org yang hanya Allah tahu.

    ♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

    Menurut Haliza, setiap perkongsian bukan semata untuk mempamerkan kemewahan sebaliknya menjadi salah satu cara untuk mempromosikan produk perniagaannya.

    Tambah Haliza, dia lebih selesa menghasilkan kandungan dengan menyelitkan produknya menerusi perkongsian kehidupan seharian.

    Saya bermain media sosial bukan untuk menunjuk-nunjuk harta. Saya berniaga dan di atas kepala saya sentiasa ada produk yang saya jual.

    Saya tak suka buat video dalam studio, posing sana sini sambil berkata, “Siapa nak beli tudung, tekan beg kuning.”

    Itu bukan cara saya. Saya lebih suka mempromosikan tudung secara organik dan natural melalui kehidupan seharian.

    Apa sahaja konten yang saya buat sebenarnya saya sedang mempromosikan tudung yang saya pakai.

    Dalam pada itu, Haliza turut menitipkan pesanan agar tidak terlalu mudah membuat andaian terhadap perkongsian seseorang di media sosial khususnya menuduh sengaja menunjuk kemewahan.

    Jangan mudah bersangka buruk dan menuduh orang menunjuk-nunjuk.

    Kalau tak suka tengok boleh skip.

    Jangan nak mengambil alih kerja malaikat dengan menilai niat orang yang hanya Allah tahu.

    Sumber: TikTok @halizamaysuri

    The post Haliza Maysuri Perjelas Dakwaan Suka Menunjuk Harta Di Media Sosial – ‘Jangan Mudah Bersangka Buruk’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah